Penting, sangat penting dan tersangatlah penting! Bila nak bermekap, produk yang wajib setiap orang ada ialah concealer!
Selepas foundation dan sebelum setting powder, penting untuk kamu menutup lingkaran gelap bawah mata, jerawat, bintik hitam dan juga parut.
Untuk trik itu mestilah kamu memerlukan concealer. Tak kiralah concealer stick, cecair atau krim, ketiga-tiganya boleh digunakan.
Tapi kalau kamu mahukan concealer daripada jenama terbaik, DIVA senaraikan beberapa jenama untuk kamu.
La Mer The Concealer [RM 366]
Tom Ford Beauty Emotionproof Concealer [RM 243]
Hourglass Vanish™ Aibrush Concealer [RM 179]
YSL Beauty Touche Eclat High Cover Radiant Concealer [RM 169]
Too Faced Born This Way Super Coverage Multi-Use Concealer [RM 137]
NARS Radiant Creamy Concealer [RM 120]
TARTE Shape Tape Contour Concealer [RM 120]
Tips Guna Concealer:
- Pilih ton concealer mengikut warna kulit. Jika terlalu gelap, solekan akan jadi kelabu.
- Selepas pakai foundation, ambil concealer pilihan kamu dan letakkan di tempat yang ingin ditutupi.
- Jika letak di lingkaran hitam bawah mata, blend dengan berus atau span. Nak lebih baik, guna jari barulah tak crack mekap kamu.
- Bila dah siap, sapukan dengan loose atau setting powder untuk ‘kunci’ concealer kamu.
- Akhir sekali guna setting spray untuk ‘kunci’ dengan lebih kemas dan tahan lama.
Selamat mencuba!