Tahniah pada Meghan Markle kerana memenangi anugerah “Dress of the Year”!
Ada yang masih ingat ke pada wrap dress yang dipakai oleh Meghan Markle ketika ditemu bual oleh Oprah pada tahun 2021?
Dalam temu bual tersebut, Meghan mengenakan gaun satin berwarna hitam daripada jenama mewah Giorgio Armani. Untuk info kamu ketika itu Meghan sedang mengandungkan anak perempuannya, Lilbet.
Gaun tersebut menampilkan potongan leher berbentuk ‘V’. Dipadankan pula dengan high-waist belt dan sulaman bunga teratai di bahagian dada kanannya. Memang nampak sangat cantik dan terletak elok pada badannya.
Selepas dipilih sebagai pakaian terbaik, pengunjung Fashion Museum Bath bakal melihat gaun tersebut dalam pameran utama iaitu ‘A History of Fashion in 100 Objects‘.
“Wrap dress Armani yang dipakai itu telah mempamerkan kehamilan Meghan. Manakala warna hitamnya menyerlah di Taman Hollywood Tyler Perry. Ini adalah tambahan hebat kepada koleksi Fashion Museum Bath!”, kongsi Ibrahim Kamara dan Gareth Wrighton.