“Furla, Longchamp, Ted Baker, Le Creuset, dan beberapa nama mewah lain boleh didapati dengan harga lebih ‘mampu milik’ hanya di OnTheList!”
Lubuk yang dicari untuk setiap pembeli yang bijak, OnTheList kini boleh didapati di Malaysia. Menawarkan purata diskaun 75% untuk pelbagai kategori dalam misi mengurangkan pembaziran.
Jualan Kilat Untuk Jenama Mewah
Ditubuhkan di Hong Kong, OnTheList ialah platform konsep jualan kilat yang untuk runcit mewah kini dilancarkan di Malaysia.
OnTheList menawarkan pelanggan akses kepada tawaran dan peluang terbaik untuk membeli-belah pelbagai produk daripada jenama antarabangsa terkemuka dunia termasuk pakaian, aksesori, penjagaan kulit, kosmetik, peralatan rumah dan banyak lagi.
- Foto – OnTheList
Gedung ini bekerja secara langsung dengan jenama runcit dan pengedar rasmi memastikan keaslian produk, untuk mengadakan jualan kilat sebagai pihak ketiga antara jenama dan pengguna.
Selain itu, OnTheList menyediakan platform untuk menjual stok tambahan dan menjimatkan leihan daripada berakhir di tapak pelupusan, mewujudkan pilihan kepada kedua-dua jenama dan pengguna.
Sehingga kini, OnTheList telah bekerja dengan lebih 500 jenama mewah terkemuka dunia dan telah menjual lebih 2 juta barangan berkualiti dan mewah di peringkat antarabangsa.
Antara jenama termasuk Furla, Jimmy Choo, Armani, Le Creuset, Ted Baker, Longchamp, UGG, Foreo dan macam-macam lagi.
- Foto – OnTheList
Untuk meraikan pelancaran di Malaysia, pembeli dijemput untuk mendaftar secara PERCUMA untuk mendapatkan akses bagi menuntut tawaran eksklusif di http://my.onthelist.com/.
OnTheList mengadakan jualan kilat mingguan, menampilkan jenama antarabangsa yang berbeza.