Rasanya ramai yang sudah jatuh cinta dengan anak pasangan artis Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya kan?
Kali ini DIVA kongsikan fesyen Fatima yang menjadi bualan ramai iaitu gaun hitam yang dipakainya ketika majlis “An Evening With Fazura & Besties” di Mandarin Oriental.
Matchy-matchy dengan kedua ibu bapanya yang memakai pakaian serba hitam, Fatima turut mengenakan gaun hitam yang ringkas yang terserlah kemewahannya di situ!
Psst… Kalau kamu nak tahu, Fazura telah mengenakan gaun sut daripada jenama Benchellal, manakala Fattah pula mengenakan sut hitam daripada jenama Fendi.
Gaunya hitamnya itu merupakan pakaian kanak-kanak jenama mewah Perancis iaitu BALMAIN. Gaun ruffle tersebut mempunyai cetakan logo jenama mewah tersebut. Harganya pula boleh mencecah hampir RM 5000.
Kecomelan Fatima diserlahkan lagi dengan aksesori Alice band (cekak rambut) reben yang berwarna hitam dan rantai yang ringkas di bahagian lehernya.