Tinggal seminggu sahaja lagi untuk menyambut Hari Kekasih bersama yang tersayang!
Buat yang runsing tidak tahu hadiah apa yang perlu diberi, jangan risau penulis ada solusinya. Entri kali ini penulis senaraikan beberapa produk kecantikan yang sesuai dijadikan hadiah tak kira sama ada lelaki atau wanita.
Semak di bawah.
Khas Untuk Si Wanita
#1 BVLGARI PARFUMS ALLEGRA FIORI D’AMORE [RM689/50ml]
Bangkitkan suasana romantik dengan Fiori D’Amore yang merangkumi tenaga dan aroma keghairahan daripada bauan ros.
Pewangi BVLGARI ini boleh didapati secara eksklusif di kaunter BVLGARI di Parkson Pavilion Kuala Lumpur.
#2 LANEIGE NEO FOUNDATION GLOW [RM170]
Jadikan si dia lebih berseri dan bersinar sepanjang hari dengan foundation daripada jenama mewah Laneige. Dibungkus dalam bungkusan merah jambu akan membuatkan si dia makin jatuh cinta!
Boleh didapati di butik atau kaunter Laneige, web Laneige, Facebook, Lazada, Shopee, Zalora, Hermo dan GrabMart.
#3 GUERLAIN ROUGE G LEGENDARY REDS IN 1925 ROIS DES ROUGE [RM140]
Berona merah pekat yang dicipta untuk Roaring Twenties, gincu ini akan menyerlahkan lagi sisi feminin si dia yang menjadi idaman setiap wanita.
#4 FENTY SKIN HYDRA’RESET INTENSE RECOVERY HAND MASK [RM95]
Manjakan si dia dengan topeng tangan daripada Fenty Skin. Ucap selamat tinggal pada tangan yang kasar dan kering!
Khas Untuk Si Lelaki
#1 DRx SPECTRALITE™ BODYWARE PRO [RM2041]
Sesuai untuk si dia, Drx Spectralite™ merupakan peranti LED yang diluluskan FDA yang merawat penuaan dan jerawat dalam masa 3 minit sahaja.
#2 FENTY SKIN BUFF RYDER EXFOLIATING BODY SCRUB [RM142]
Jadikan si dia lebih berseri dari kepala hingga ke kaki dengan lulur badan daripada Fenty Skin.
Tekstur yang mudah meresap ke dalam kulit dan dibilas ini akan memberikan hasil yang lebih lembut seperti kulit bayi.
#3 OLE HENRIKSEN STRENGTH TRAINER BOOST PEPTIDE MOISTURIZER [RM213]
Dirumus khas untuk menguatkan skin barrier, menegang dan menghidrat kulit sepanjang hari dengan bahan seperti amino acid, peptide dan ceramide. Perhatikan hasil yang lebih berkesan selepas 8 minggu penggunaan okay?
Selamat berbelanja!