Khas untuk sambutan Tahun Baru Cina, Pavilion Bukit Jalil menampilkan pelbagai acara perayaan yang menarik. Antaranya promosi, persembahan, hadiah eksklusif, penebusan pembeli dan banyak lagi.
Hiasan Yang Mewah Sempena Tahun Baru Cina
Selain itu yang menarik perhatian adalah hiasan dalaman pusat beli belah ini. Sangat mewah dengan limpahan tanglung Cina pelbagai saiz dan bentuk dan pokok bunga sakura. Serta terdapat juga pelbagai budaya tradisional Cina di Piazza (Aras 3) dan Gelanggang Tengah (Aras 2).
Bagi yang mahu menikmati sambutan yang meriah, anda boleh melihat Istana Cina tradisional sambil menyusuri Tangga Sepanyol, Terowong Bunga, Lantern Carousel atau naik Kereta Api Lunar.
Pelbagai Acara Menarik Disediakan
Pada masa yang sama, terdapat pelbagai acara menarik yang disediakan di Pavilion Bukit Jalil seperti:
- Pameran bonsai oleh Persatuan Bonsai & Suiseki Malaysia yang bermula sekarang hingga 18/1/2022.
- Karnival Tahun Baru Cina Taman Sonic Pavilion Bukit Jalil (22/1/2022 – 27/2/2022)
- Persembahan tarian dan gendang
- Persembahan Tarian Singa
Jom ‘Kutip’ & Tebus Hadiah
Jangan lepaskan peluang untuk tebus dan bawa pulang hadiah seperti BMW bernilai RM211367 dan beberapa barang penebusan menarik lain.
Antaranya adalah reka bentuk eksklusif beg tote perayaan edisi terhad, Pyrex Casserole Glassware, Snapware Glass Bottle, Abalone bayi, Happy Bag atau set kutleri.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Pavilion Bukit Jalil untuk promosi, penebusan dan info tentang Tahun Baru Cina 2022.