Mungkin ada di antara kita yang berpendapat jika tidak memakai sebarang mekap, kita tidak perlu mengenakan primer. Mesti ada yang pernah berfikir sebegini, kan?
Tahukah kamu selain mengenakan primer sebelum proses mekap, kamu juga boleh memakainya walau tidak mekap sekalipun. Bahkan kebaikan juga terjamin dan kulit muka bertambah sihat.
Nak tahu lebih lanjut, pakar sendiri menjelaskan manfaat yang kamu perolehi.
Kulit Sentiasa Hidrasi
Kebanyakan primer didatangkan dalam formula berasaskan air yang mengandungi bahan-bahan pelembap seperti ekstrak botani atau aktif yang membantu melembutkan dan merapikan kulit.
- Foto – Pinterest
Hanya dengan satu aplikasi sahaja mampu menyegar serta melembapkan tekstur keseluruhan wajah.
Berminyak Tiada Lagi
Primer boleh menjadi kunci untuk mendapatkan rupa bersinar yang tahan lama. Kebanyakan primer yang terhasil bertujuan untuk melembapkan kulit, menutup pori-pori dan meninggalkan kesan licin di kulit serta mengawal pengeluaran sebum.
Ada juga yang mempunyai ciri-ciri antibakteria untuk membantu menjaga liang anda sebersihnya jika digunakan sekerap yang mungkin.
Lindungi Daripada Matahari
Walaupun diketahui sunblock adalah elemen penting dalam rutin penjagaan kulit untuk menghindari daripada matahari, tetapi kita boleh meningkatkan tahap perlindungan dengan suntikan primer yang mempunyai SPF.
- Foto – Pinterest
Ia boleh melindungi anda daripada tekanan alam sekitar, seterusnya dari kerosakan sel.
Seri Di Wajah
Habiskan rutin penjagaan diri dengan moisturiser, sunscreen tidak memadai. Jadi, inilah masanya untuk primer bekerja, bagi mencerah dan melembapkan kulit. Di sini, anda akan menikmati cahaya yang kelihatan semulajadi tanpa memerlukan shimmers dan glitters.
Primer Terbaik Pilihan DIVA
- Benefit Cosmetics The POREfessional Face Primer
- Foto – Ipsy
Menjadi pilihan wanita kerana primer ini bebas minyak dan memberikan kemasan matte. Ia menghasilkan lapisan licin pada kulit, menyamarkan liang pori dan garis-garis halus yang menjengkelkan. Formula ini juga mempunyai vitamin E, menawarkan perlindungan antioksidan terhadap kerosakan radikal bebas.
- Pat McGrath Labs Skin Fetish Sublime Perfection Primer
- Foto – Pat McGrath
Kulit anda kelihatan crystal clear tanpa garis, sentiasa licin dan bersedia untuk solekan. Ditambahkan lagi dengan hyaluronic acid, ia menawarkan penghidratan ringan dan menjadikan kulit kelihatan cantik dan gebu. Memang puas hati!
- Armani Beauty Luminous Silk Hydrating Makeup Primer
- Foto – Armani Beauty
Inginkan rupa berseri-seri macam bintang Korea? Primer ini sangat berkrim dan menghidratkan, menjadikan kulit kamu segar dan lembap walaupun sebelum bersolek. Terima kasih kepada gabungan gliserin, shea butter dan rice bran.
Bila nak keluar rumah, jangan lupa pakai krim pelindung matahari dan primer untuk penjagaan lebih.