Penghijrahan Nana Mahazan yang sudah mengenakan hijab mendapat pujian ramai. Ada mengulas imej pada Berita Harian, Nana mengakui agak segan untuk berkongsi.
“Sejujurnya, sudah lama saya memikirkan hal ini. Situasi pandemik COVID-19 banyak membantu saya mencari sisi lain dalam diri sejak perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan hinggalah ke Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.
“Ia lebih kepada refleksi diri dalam hidup dan kerohanian. Saya manusia tidak sempurna, namun berusaha memperbaiki kekurangan diri.
“Keputusan berhijrah ini bukan bererti saya sudah cukup bagus atau baik. Sebaliknya saya masih belajar untuk ke arah yang lebih baik,” katanya.
Bila berhijrah, pemilihan fesyen juga mula berubah. Nana dilihat mengenakan fesyen oversized yang menarik perhatian. Dia bijak suai padan warna dan cetakan agar tidak nampak kelam, tetapi masih kekal stailo.
Ini antara OOTD-nya yang memikat sekali.
Riang Ria Pelangi
Hitam Itu Menawan
Wanita Sofistikated
Cantiknya Biru Laut
Belang-Belang Mickey Mouse
Pancaran Sinaran Mentari
Printed is Happy
Bolehlah tiru sikit-sikit OOTD Nana, bertambah cantik berseri dan bergaya.