“Kenapa dengan mulut dia?”
Kecoh baru-baru ini netizen bercakap tentang penampilan Victoria Beckham ketika membuat kemunculan di Good Morning America. Bekas anggota kumpulan Spice Girl itu selalu memukau dengan pemilihan fesyen yang sofistikated tapi penampilan barunya ini benar-benar berbeza dan mengejutkan ramai.
Cucuk Terlalu Banyak
Wajah Victoria Beckham mendapat perhatian netizen, bibirnya lebih plum manakala wajah juga tegang langsung tiada kerutan hasil daripada filler.
Perubahan itu menyebabkan beberapa netizen memanggilnya hipokrit memandangkan dia sedang fokus akan produk kosmetiknya tapi dia sendiri kerap mengubah wajah.
- Foto – Mega
Beberapa tweet yang kecewa dengan wajah baru isteri David Beckham itu;
“Maaf Victoria, tapi tidak, terima kasih kerana saya lebih suka keindahan yang natural.
“Jadi, dia mengatakan bahawa dia memfokuskan diri pada kecantikan sekarang… tapi apa yang dia lakukan pada wajahnya sendiri, saya tidak fikir itu cantik! Saya tidak pasti bahawa seseorang yang membuat wajahnya boleh bercakap tentang kecantikan.
“Dia hanya menggerakkan eye lid dan bibir ketika bercakap, sangat mengganggu.
“Ya Tuhan, suntikan bibirnya kelihatan mengerikan. Kenapa wanita melakukan ini kepada diri mereka sendiri?!
“Saya suka Victoria Beckham tetapi apa yang dilakukan di bibirnya sangat memalukan.
“Apa yang berlaku dengan bibirnya #VictoriaBeckham.
“Dia terlalu banyak lakukan filler, tapi kamu masih memberitahu betapa hebatnya penampilannya, ini kegilaan. Sebagai role model, dia harus memikirkan apa yang dia lakukan dan bagaimana dia akan mempengaruhi wanita muda.
Pakar Bedah Plastik Komen Wajah Baru Victoria Beckham
Hangat diperkatakan, pakar bedah plastik menjelaskan apa yang mungkin dilakukan Victoria terhadap wajah ‘barunya’ itu.
- Foto – Mega
Dipetik dari Radar, Dr. Frank Agullo berpendapat bahawa walaupun Victoria kelihatan luar biasa di usia 47 tahun, namun dia nampaknya telah berlebihan dengan lip filler, dan ini kesilapan yang sangat biasa.
“Bila berlebihan, wajah boleh menjadi tegang, di mana wajah hampir tidak ada gerakan. Dia mungkin juga memberi tumpuan kepada pipi sepenuhnya dengan filler.