Sepanjang hari ini, agak kecoh dengan khabar angin mengenai perkahwinan primadona Malaysia, Erra Fazira dan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu. Namun Erra sendiri sudah menjawab spekulasi tersebut dan menolak sekeras-kerasnya.
Dalam perkembangan lain, agak mencurigakan melihat reaksi Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh ketika diminta mengulas hal ini.
- Foto – Twitter
‘No Comment’
Tidak menidak atau mengiyakan, Mohd Hafez hanya memberi respon ‘No Comment’. Seperti yang dilaporkan oleh The Malaya Post, mereka telah menghubungi Mohd Hafez untuk mendapatkan pengesahan dan penjelasan lanjut.
Dalam laporan tersebut, Mohd Hafez dalam kiriman WhatsApps hanya menjawab “no comment” dan enggan mengulas lanjut.
Adakah ada perkara yang cuba disembunyikan? Apa-apa pun kita berdoa yang baik-baik buat Dato’ Seri Ahmad Faizal dan Erra Fazira.
- Sumber: Twitter @abam_kumis
Untuk info, berita ini mula tersebar selepas seorang pengguna laman itu yang dikenali sebagai @abam_kumis. Individu ini mengatakan bahawa info tersebut diperoleh berdasarkan kenyataan jiran kepada Erra ataupun Faizal. Lebih mengejutkan, Erra turut didakwa menjadi isteri kedua kepada ahli politk itu. Betul ke ni?