“Don’t ever let anybody take advantage of you.”
Hujung minggu lalu penulis berpeluang menonton siri Netflix Original ‘Maid’. Tengok trailer dan poster, kita dah boleh agak siri ini drama menyayat hati melibatkan ibu dan anak.
Maid menceritakan tentang seorang ibu muda yang keluar dalam satu perhubungan penderaan emosi mencari pekerjaan membersihkan rumah demi anak dan membina masa depan yang lebih baik.
https://www.youtube.com/watch?v=tGtaHcqsSE8
Sediakan Tisu Bila Nak Menonton
Spoiler alert! Permulaan cerita si ibu (Alex) membawa anak perempuannya yang baru berusia 3 tahun (Maddy) keluar dari azab rumah pada tengah malam bagi mencari tempat berlindung.
Alex mempunyai kekasih yang melakukan penderaan emosi dan verbal kepadanya, Sean, seorang bapa yang terpisah sejak kecil, dan seorang ibu yang sakit mental, yang kesemuanya memberi tekanan kepada Alex.
- Foto – Glamour
Bayangkan dia dan anak perempuannya terpaksa tidur di stesyen feri kerana mereka tidak mempunyai tempat lain untuk pergi, akhirnya Alex mendapati dirinya berada di tempat perlindungan untuk mangsa penderaan rumah tangga. Walaupun Alex putus asa, tapi dari situlah dia manjadi pembantu rumah yang profesional dalam membersihkan rumah.
Dari awal episod hingga seterusnya, kamu akan dihidangkan emosi ibarat roller coaster, bagaimana kamu terlalu kesian melihat keadaan Alex (lagi-lagi bila babak dia terpaksa mengeluarkan duit untuk hidup, semuanya memerlukan duit – day care, malah kerja membersihkan rumah kerana dia harus membeli barang keperluan).
- Foto – The Wall Street Journal
‘Maid’ membawa kamu mengembara tentang sistem perundangan dan pemerintahan yang gagal, ibu muda yang berjuang hidup dalam kemiskinan dan memberi inspirasi kepada kita semua.
Streaming ‘Maid’ di Netflix sekarang!