Bagi sesetengah wanita, maskara bukanlah rakan baik mereka.
Ini kerana ada wanita yang mengalami keradangan atau mata berair dengan teruk. Dan ada juga yang alami kegatalan serta kepedihan yang melampau.
Kalau kamu alami perkara sebegini, ia adalah tanda bahawa mata kamu sebenarnya sensitif terhadap maskara. Tapi kalau tak pakai tak lentik dan panjanglah bulu mata, betul tak?
Jangan risau, Wanista sangat syorkan pada wanita yang mempunyai mata sensitif untuk guna 5 jenis maskara ini. Gerenti selesa dan tak menyakitkan mata!
Sebelum beli maskara, tahu ini dulu…
Ketika memilih maskara, penting untuk kamu cari kata kunci ini dahulu iaitu hypoallergenic, allergy-tested atau opthalmologically-tested.
Untuk pengetahuan kamu jika ada salah satu kata kunci ini pada maskara pilihan kamu, ia bermaksud maskara itu berpotensi mengelakkan kamu daripada mengalami reaksi alergi ketika menggunakannya.
Selain itu, maskara yang mempunyai bahan pewangi juga boleh menyebabkan mata kamu menjadi pedih dan merengsa. Jika mata kamu senang berair, pilih formula waterproof untuk mengekalkan penampilannya.
DIY patch test memang wajib!
Sebelum membeli maskara, penting untuk mereka yang memiliki mata sensitif melakukan diy patch test terlebih dahulu.
Sapukan sedikit maskara pada kulit di kawasan pergelangan tangan kamu. Kemudian tutup sapuan tersebut menggunakan pita pelekat dan biarkan seharian.
Pada akhir hari, periksa semula tempat kamu sapu maskara tersebut. Jika tidak mengalami sebarang reaksi alergi seperti kegatalan, merengsa atau kemerahan bermakna ianya sesuai untuk kamu!