“Terliurnya tengok ayam percik di sosial media ini, tapi kat kawasan rumah tak ada bazar ramadhan yang bukan sebab Perintah Kawalan Pergerakan sedihnya!”
Jangan sedih-sedih apa kata kamu cuba masak sendiri menu popular ini di rumah, lagipun tak susah mana dan bahan-bahannya juga sangat ringkas.
Nak tahu macam mana nak masak ayam percik ala-ala bazar ramadhan, jom lihat caranya di bawah.
@syifajamill Dah tahu tak tu nak masak apa untuk buka puasa ni?? @lazada_my #SeleraRamadan #Ayampercik #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar
Bahan-bahan
- 2 ketul paha ayam yang
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah
- 2 batang serai
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- 2 sudu makan cili boh
- Air (untuk kisar bahan)
- Garam
- 1 sudu makan gula
- 1 keping asam keping
- 1 sudu makan serbuk perasa
- 1/2 cawan santan kotak atau santan segar
- Foto – TikTok @cifajamil
Cara memasak ayam percik
- Masukkan ke semua bahan-bahan ke dalam mesin pengisar dan tuang sedikit air ke dalamnya dan kisar bahan-bahan sehingga hancur.
- Kemudian perap ayam dengan garam dan separuh dari bahan yang dikisar tadi, perap ayam selama satu jam.
- Setelah perap ayam selama satu jam, kamu boleh letak ayam atas kuali pan, fryer, alat pemanggang (jika ada) dan panggang ayam sehingga masak.
- Foto – TikTok @cifajamil
Cara memasak kuah ayam percik
- Selepas itu, untuk memasak kuah ayam percik pula ambil periuk kosong dan letakkan di atas tungku dapur.
- Masukkan santan, baki bahan yang dikisar tadi, asam keping, gula, serbuk perasa dan masak dengan api perlahan.
- Untuk memasak kuah ayam percik ini, kamu perlu kacau kuah dengan kerap supaya minyak santan tidak naik.
- Kuah jadi pekat dan likat, tutup api dan tuang kuah di atas ayam percik yang telah siap di panggang tadi.
Senang bukan resepi ayam percik ala bazar ramadhan ini, kamu dah boleh cuba sebagai menu juadah berbuka hari ini nanti.
Selamat mencuba!