Tak dinafikan kalau apa sahaja produk terutamanya skincare, pasti semuanya akan habis dijual setelah viral di media sosial terutamanya TikTok.
Sama seperti satu produk dari Korea ini. Memang habis dijual selepas seorang makeup artist berkongsi rahsia untuk mendapatkan kulit yang glow di TikTok.
Stok 4 Bulan Licin Dalam Sekelip Mata
Di Australia, produk Innisfree Jeju Cherry Blossom Jelly Cream telah habis dijual dalam sekelip mata selepas Mikayla Nogueira berkongsi mengenainya.
Diperbuat daripada sugar beet semula jadi dan bunga sakura dari Pulau Jeju, krim jeli ini boleh memberikan kesan glow pada kulit dalam masa yang singkat.
@mikaylanogueira I WILL BE DOING THIS FOR THE REST OF MY LIFE. #makeup #beauty #glowyskin #glow @glamzillaxo
Menerusi perkongsian Mikayla, dia mengatakan dirinya mengikuti rutin glow seorang pengguna di Tiktok iaitu Glamzilloxo. Tetapi dia telah menambah krim jeli ini pada akhir rutin tersebut.
Kalau kamu lihat video tersebut, memang kamu akan sangkakannya. Produk jeli ini berupaya memberikan kesan glowing secara ‘semula jadi’ pada kulit sebaik sahaja memakainya.
Tekstur Ringan Dan Jadikan Kulit Lebih Terhidrasi
Di permulaan video tersebut, Mikayla telah menggunakan Glow Recipe Watermelon Glow PHA+BHA Pore-Tight Toner dan Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Dew Drops.
Kemudian, dia telah menambah produk Innisfree Jeju Cherry Blossom Jelly Cream pada akhir pemakaiannya untuk buatkan kulitnya kekal terhidrasi.
Pada masa yang sama, Mikayla juga mengatakan krim jeli tersebut telah melengkapkan rahsia glow dan menjadikan pemakaian foundation lebih smooth dan berikan hasil yang lebih baik.
Untuk pengetahuan kamu, tekstur krim jeli ini sangat ringan dan membuatkan wajah menjadi tidak melekit dan berminyak.
Selain itu, krim ini juga memang sangat sesuai dipakai oleh mereka yang mempunyai kulit acne-prone, berminyak dan sensitif.
Ramai Yang Mahukan Krim Jeli Itu Dalam Rutin Mereka
Melihatkan ‘fenomena glow‘ tersebut, kebanyakan pengguna TikTok yang lain berkongsi feedbacks dan ada juga mahukan kesan yang sama pada diri mereka.
“Saya sudah menggunakannya selama dua minggu dan tak pernah rasa terhidrasi seperti ini.”
“Saya telah membeli toner dan dew drops tetapi krim jeli sudah habis dijual di semua tempat.”
Malah ada juga pengguna di Instagram berkongsi feedback mengenai krim jeli ini.
“Saya mempunyai kulit yang kusam dan first impression saya mengenai krim jeli ini adalah ia sangat mencerahkan!”
Selain itu, ada juga yang mengatakan krim jeli ini sesuai untuk mereka yang memiliki kulit yang kusam dan kering yang mahukan kulit kelihatan segar sepanjang masa.
Kalau sebelum ini kamu sudah mencuba pelbagai tips untuk dapatkan kulit glow, apa kata selepas ini kamu cuba pula gunakan Innisfree Jeju Cherry Blossom Jelly Cream ini pula.