Ulser mulut boleh menjatuhkan mood seseorang.
Sekali terkena akan menyebabkan rasa tidak selesa, sakit serta kesukaran untuk makan, minum dan bercakap. Ulser bukanlah satu penyakit yang memudaratkan. Bila dirawat dengan betul, ia boleh elok seperti biasa.
Macam Mana Ulser Mulut Boleh Terjadi
Ulser mulut terjadi apabila terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput dalam mulut. Biasanya muncul di bibir, gusi, lidah, dalam pipi atau tekak.
Penyebab biasa ulser kerana kecederaan contoh tergigit mulut dengan tidak sengaja, gigi/tampalan yang tajam, gigi palsu dan pendakap gigi yang tidak sempurna.
- Foto – Hello Doktor
Ramai mengaitkan ulser mulut dengan dehidrasi akibat tidak cukup minum air. Tapi jika berlarutan dan tidak sembuh, dikhuatiri berkaitan dengan penyakit kronik.
Rawat Ulser Mulut Dengan Cepat
Ulser mulut boleh baik dengan sendirinya dalam masa 1 hingga 2 minggu, tapi ada ubat yang anda boleh beli di farmasi untuk cepat baik.
Menurut Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, anda boleh guna ubat gel/losyen, ubat pes dan ubat kumur.
Ubat Gel/Losyen
Ubat ini mengandungi bahan aktif bersifat anti-keradangan, antiseptik dan analgesik(tahan sakit). Ia adalah pilihan yang amat popular di kalangan para pengguna.
- Foto – Twitter
Contoh ubat seperti Muco-Aid, Oral Aid, Bonjela, Gingival Gel.
Ubat Pes
Ubat jenis ini memberi perlindungan dengan membentuk lapisan yang menutupi luka (ulser), dan sesetengahnya mempunyai kualiti anti-radang untuk mengurangkan sakit dan bengkak.
- Foto – Twitter
Contoh ubat adalah Keno, Oralon, Difflam Forte.
Ubat Kumur
Ubat ini megandungi antiseptik untuk mengekang jangkitan dan pertumbuhan bakteria dalam mulut. Ia juga memudahkan proses membersihkan mulut ketika kehadiran ulser.
- Foto – Twitter
Contoh ubat yang boleh digunakan seperti Oradex, Hexidine, Bactidol Mouthwash.
Anda juga boleh pertimbangkan cara tradisional yang biasa orang kita lakukan. Minum banyak air, kawal stress, tidur secukupnya, berus gigi selepas makan, makan banyak sayur dan buah yang tinggi vitamin.
Semoga tips ini bermanfaat.