Isteri mana yang tak kecewa bila mana ajak suami bersama pasti akan di tolak, dan paling menyedihkan punca suami tidak mahu berasmara bersama adalah kerana bau badan yang keluar dari tubuh sang isteri.
Buat para wanita yang mengalami nasib yang sama seperti ini, jangan risau kerana setiap masalah yang dihadapi ada jalan penyelesaiannya.
Nak tahu bagaimana nak hilangkan bau badan dengan berkesan dan selamat, gunakan cara yang diamalkan oleh orang kampung. Bagi yang nak tahu bagaimana caranya, ikuti kupasan penuh di bawah.
#1 Air Cengkih
- Foto – Mantra Organic
Bunga cengkih bukan saja digunakan sebagai ramuan dalam masakan, tetapi ia juga mampu membantu mengatasi masalah bau badan yang kamu hadapi.
Cara: Satu sudu makan bunga cengkih kemudian rendam dalam air panas, apabila air sudah mula suam tapiskan dan minum air cengkih. Amalkan minum air cengkih satu atau dua kali sehari, bagi hilangkan bau badan.
#2 Pes Timun
- Foto – Active Times
Selain itu, timun juga boleh membantu kamu menghilangkan bau badan yang penting kamu rajin dan selalu amalkannya pasti hilang bau tersebut.
Cara: Hancurkan timun kecil-kecil hingga menjadi pes kemudian gosokan di seluruh badan terutama di kawasan pelipat, biarkan dalam tiga atau lima minit dan bilas badan dengan air. Lakukan cara ini setiap hari, sehingga bau badan hilang.
#3 Air Susu
- Foto – Verywell Health
Air susu atau lebih tepat lagi mandian air susu juga bagus kamu amalkan bagi menghilangkan bau badan, cara ini juga telah lama digunapakai bagi menghilangkan masalah badan berbau.
Cara: Campurkan susu soya, susu kambing, madu dan minyak aroma terapi ke dalam tab mandi, kemudian berendam dalam tab mandi selama 15-20 minit.
Amalkan cara mandian susu ini seminggu sekali, lakukan mandian seperti ini sehingga masalah bau badan hilang.
#4 Pes Daun Sireh Dan Tawas
Siapa sangka, penggunaan daun sireh ini juga berupaya untuk menghilangkan masalah badan berbau yang membelenggu wanita. Dengan mengamalkan cara ini, pasti bau badan boleh hilang.
Cara: Ramas daun sireh bersama campuran tawas, kemudian letakkan campuran tersebut di bahagian pelipat badan dan biarkan selama tiga ke lima minit dan barulah bilas badan dengan air bersih.
#5 Limau Nipis
- Foto – Rasa
Penggunaan limau nipis bagi menghilangkan bau badan bukanlah perkara baru, ianya telah lama digunapakai sejak zaman nenek moyang kita lagi.
Cara: Potong limau nipis secara halus, kemudian ambil potongan limau tersebut dan gosokan pada badan terutama tempat yang sering mengeluarkan bau badan.
#6 Air Kapur Pandan
- Foto – Lins Food
Air campuran kapur dan pandan juga boleh menghilangkan bau badan, yang penting kamu konsisten dan rajin amalkan cara ini pasti hilang masalah badan berbau nanti.
Cara: Ambil lima helai daun pandan kemudian kisar bersama satu cawan air untuk mendapatkan air pandan, selepas itu masukkan setengah sudu makan kapur dan gaul rata.
Gosok badan dengan air kapur pandan ini dan biarkan selama lima minit, kemudian bilas badan dengan air bersih. Amalkan cara ini dalam dua hingga tiga kali sehari, sehingga bau badan hilang.
#7 Air Halia
- Foto – Women’s Health
Halia ini banyak manfaatnya, dan salah satu manfaatnya adalah ia dapat menghilangkan masalah badan berbau yang dialami oleh ramai wanita tempatan.
Cara: Ambil halia segar masukkan ke dalam mesin pengisar bersama satu cawan air masak, dan kisar halia hingga hancur selepas itu minum airnya. Amalkan minum air halia ini sehingga bau badan hilang.
Jika kamu amalkan salah satu cara seperti yang di senaraikan diatas, percayalah akan hilang bau badan dan suami pasti tidak akan lari lagi!
Selamat beramal♥