Bukan dah masuk angka 3 baru nak amalkan rutin anti-penuaan. Baru nak pakai produk yang betul, pemakanan yang sihat. Anda perlu lakukan sedari usia muda, 20-an untuk mendapatkan kecantikan awet muda.
Tahukah kalau anda melakukan DUA rahsia besar anti-penuaan ini kemungkinan anda sentiasa terlihat muda, segar dan berseri-seri. Kulit wajah berkaca macam artis Korea yang anda idamkan pun boleh miliki.
Cut Gula Sekarang Juga
Gula bersifat radang, dan keradangan menyebabkan anda bertambah tua. Ini menyebabkan kulit muka kelihatan berkedut, gelap-gelap, dan kusam.
Kulit anda kelihatan tegang dan letih ketika anda makan makanan yang merangkumi gula dan makanan yang diproses.
- Foto – Cleanse
Perlu cut terus ke? Berita baik anda masih boleh mendapatkan gula tapi pastikan ianya dalam bentuk buah-buahan segar. Jadikan buah sebagai snek setiap kali anda rasa nak mengunyah.
Apabila anda menurunkan kadar pengambilan gula dari rutin, kulit anda kelihatan lebih baik dan sihat dalam beberapa hari. Cuba lakukan sekarang.
Antioksidan Adalah Penyelamat Kulit Sejati
Antioksidan terbaik untuk anti-penuaan dan berguna untuk kulit. Antiksidan membantu kulit anda mempertahankan diri dari sinaran UV, pencemaran, tekanan dan gula yang anda makan.
- Foto – Harvard
Mula makan makanan yang tinggi antioksidan. Kulit kita mendapat nutrien daripada makanan yang dimakan. Jadi cara untuk memastikan kulit yang sihat adalah dengan makan makanan yang seimbang yang tinggi vitamin dan antioksidan seperti:
- Buah-buahan – beri, kiwi, tembikai, oren
- Sayur-sayuran – tomato, avokado, bayam, brokoli, lobak merah
- Kekacang
- Ikan
Sapukan krim antioksidan atau serum pagi dan malam. Pilih formula dengan campuran antioksidan yang berbeza. Pastikan juga mengambil suplement dari antioksidan untuk tambahan penjagaan kulit wajah.
Anda lakukan DUA perkara ini, nescaya kulit akan kelihatan bertambah baik. Kulit bersih berseri tanpa secalit solekan buat diri rasa lebih berharga.
Paling penting nak kulit sihat, bersih bebas jerawat dan berseri, pemakanan kena jaga. Makan buah dan sayur the best key!