Dunia makin moden, teknologi terus berkembang dan dunia kecantikan juga turut mengikuti trend terkini.
Pelbagai alat teknologi dikeluarkan bagi memantapkan rutin kecantikan wanita moden zaman sekarang yang sentiasa sibuk tapi masih mementingkan soal penjagaan wajah.
Mengambil pendekatan itu, Nu Skin mengumumkan pelancaran sistem peranti ageLOC® Boost™.
Kulit Lebih Cerah, Gebu, Anjal
Tampil sebagai sistem peranti kecantikan yang serba canggih, ageLOC® Boost™ menggunakan teknologi Variable Pulse Microcurrent yang menghantar arus berubah-ubah untuk membuat kulit tampak ketara lebih cerah, gebu dan anjal dalam masa beberapa minit sahaja.
- Foto – Nu Skin
Rawatan dua minit ini – yang menggabungkan peranti ageLOC® Boost™ dan ageLOC® Boost™ Activating Treatment, akan memberikan kesegaran yang menakjubkan buat kulit dengan setiap penggunaan.
Kecil Tapi Berkuasa Untuk Kulit Cantik Sempurna
Walaupun peranti kecil tapi berkuasa. Peranti ageLOC® Boost™ menghantar denyutan pemulihan yang bercas seimbang dan berselang-seli ke dalam kulit sebanyak lapan kali sesaat.
Apabila digunakan dengan Activating Treatment, arus mikro mengoptimumkan dan mengaktifkan kulit supaya tampak lebih muda dan berseri.
- Foto – Nu Skin
Keupayaan peranti ini turut membantu kamu mendapatkan kulit yang sempurna:
- Mengurangkan tanda penuaan pramatang
- Mengurangkan penampakan bintik hitam dan hiperpigmentasi
- Memulihkan dan membuat warna kulit lebih sekata supaya tampil berseri
- Melembapkan sekaligus menjadikan kulit lebih lembut
- Membuatkan kulit kelihatan lebih gebu, montok dan anjal seakan remaja
- Membuatkan kulit tampak yang lebih cerah dan mulus
Kamu rasa tertarik dan mahu mencubanya? ageLOC® Boost™ boleh didapati melalui pengedar berdaftar Nu Skin mulai 3 Mac 2021. Berharga RM 1,280, usah lepaskan peluang untuk mengalami sendiri rahsia di sebalik kulit berseri dan awet muda.
- Foto – Nu Skin
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.nuskin.com. Jangan ketinggalan dan ikuti perbualan kami di Facebook and Instagram Nu Skin.