Tular di media sosial baru-baru ini, lipstick jenama Pink Flash yang berasal dari China itu telah memberi pelbagai kesan kepada penggunanya.
Ada yang mengalami luka dan pengelupasan bibir yang biasa. Dan ada yang mengalami kesan yang teruk sehingga bernanah dan terpaksa ke hospital untuk dapatkan rawatan.
Boleh didapati di Shopee dengan harga yang paling murah sahaja iaitu serendah RM3, ini sebabnya kenapa lipstick boleh menjadi bahan yang berbahaya kepada si pemakai.
Dijual Di Bawah Jenama Focallure
Dijual dengan harga serendah RM3, lipstick Pink Flash yang di jual di bawah jenama Focallure ini boleh didapati di Shopee secara pembelian peribadi mahupun lambak.
Bagi sesetengah pengguna, Focallure merupakan satu jenama yang diyakini untuk dipakai tetapi kenapa Pink Flash boleh menyebabkan beberapa kesan yang negatif kepada sesetengah pengguna?
Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial telah memuat naik beberapa gambar selepas rakannya mula memakai lipstick daripada jenama itu. Rata-rata pengguna lain yang melihatnya memberikan reaksi yang sama dan ada juga yang berbeza.
i nak spread awareness! Perempuan mesti tahu lipstick brand Pink Flash kan? Orang selalu bagi good review and bcs it's fucking cheap. I pun beli 4 sebab nak ikut trend lol.
But look at my own friend 😭 This is pink flash reaction towards her 😭😭 pic.twitter.com/TQN4dBqp9h
— nnd (@naddiiiee) February 26, 2021
Ada Yang Dimasukkan Ke Hospital
Melihatkan gambar yang dimuat naik dan beberapa postings lain mengenai lipstick tersebut, ada yang mengalami luka dan bibir yang mengelupas dan ada juga sehingga dimasukkan ke hospital kerana bibir menjadi nanah.
https://twitter.com/jnejnh/status/1366224333480202240
saya pernah beli dulu, pakai sekali je. mula2 pakai okey tpi esok pagi bila bangun tido bibir tiba2 luka, macam kena pisau dia punya luka yang terhiris tu. Start dari tu tak pakai sbb lipmatte dia I last pakai and then terus bibir luka.
— Custom Rantai & Gelang Nama (@catchycraftmy) March 1, 2021
Tetapi ada juga yang tidak mengalami apa-apa kesan selepas memakainya secara berbulan-bulan. Jadi apakah yang menjadi penyebab kepada kesan ini?
its a china product btw. and kira ok la tu dia bagi pringatan kat org lain kat luar sana spaya bnda mcmni boleh dielakkan. klau u rsa u ok u pkai je la. beli je lagi. cuma org lain kena brhati hti tu je
— Sasya (@sasyaalee) March 1, 2021
yes betul. pernah try sebab orang bagi free gift beli barang. bibir jadi panas gila makin biar makin panas pastu i cuci cepat cepat &then dia jadi kering & terkoyak sampai berdarah. kpd seller sekalian kalau nak bagi freegift pastikan selamat walaupun murah
— Ikyn Nasir (@ikynn4sir) February 26, 2021
Bagi mereka yang mengalami beberapa kesan bibir seperti luka, mengelupas, kering dan bernanah ia mungkin disebabkan oleh alergi terhadap bahan-bahan yang terkandung dalam lipstick tersebut.
Kenapa Lipstick Boleh Menjadi Bahan Yang Paling Berbahaya?
Boleh Jadi Alergi Atau Alahan
Jangan terkejut kalau kamu bangun pagi dan lihat bibir menjadi bengkak. Ini mungkin salah satu kesan pemakaian lipstick yang membuatkan kamu mengalami alergi.
Ini kerana bahan kimia yang digunakan di dalam lipstick itu boleh menjadi bahan yang terlalu kuat dan tidak sesuai untuk sesetengah pengguna yang mengalami antibodi yang lemah.
Jika kamu mengalami rasa gatal, kering dan merekah dengan cepat, lebih baik kamu hentikannya segera.
Mengandungi Bahan Plumbum
Bahan plumbum yang terkandung dalam beberapa lipstick yang berjenama dan diimport boleh membuatkan bibir mendapat kesan pemakaian kalis air dan tahan lama.
Tetapi bahan ini sebenarnya disifatkan sebagai bahan racun. Jika kamu menggunakan bahan kosmetik atau barangan lain yang mengandungi bahan ini, ia boleh meresap masuk ke dalam badan dan kekal dalam tempoh yang lama.
Bagi sesetengah wanita pula, ada yang suka menjilat bibir mereka yang memakai lipstick. Disebabkan oleh perbuatan itu, ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan anggotan badan seperti otak, mata dan lain-lain.
Tidak Mustahil Ada Bahan Merkuri
Bukan sahaja dalam skincare, malah lipstick juga boleh mengandungi bahan merkuri.
Penggunaan merkuri ini selalunya didapati dalam produk tiruan atau palsu. Bahan ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kanser.
Bibir Boleh Menjadi Luka Dan Berdarah
Ada yang pernah pakai lipstick dan bibir menjadi luka, pecah dan berdarah dengan teruk?
Kalau ada, lebih baik kamu hentikan pemakaiannya dengan segera kerana lipstick tersebut mengandungi bahan kimia yang terlalu banyak dan boleh merosakkan bibir.
Apabila bibir menjadi luka dan berdarah, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku dan susah untuk kamu bercakap dan makan seperti biasa.
Untuk pemakaian di muka mahupun badan, sebagai pengguna kita perlu membeli beberapa barangan yang diyakini.
Tidak salah untuk berjimat dalam berbelanja tetapi pastikan kualiti dan keberkesanannya dijamin untuk kesihatan kita sendiri.