Pernah tak kamu rasa malas dan hilang minat untuk bersolek sejak dunia dikuarantin akibat penularan wabak pandemik COVID-19?
Sudah hampir setahun, kebanyakan wanita berasa malas dan tidak lagi mahu bersolek kerana pemakaian pelitup muka diwajibkan. Jadi buat apa bersolek kalau dilindungi dengan pelitup muka, betul tak?
Memakai pelitup muka sebenarnya tidak menjadi masalah untuk kamu mahu bersolek. Walaupun separuh daripada muka akan ditutup tetapi bahagian mata dan kening tetap dilihat oleh orang lain.
Sudah masuk tahun baru iaitu tahun 2021, kebanyakan wanita approve bentuk dan stail kening macam ini. Jadi tunggu apa lagi, lihat beberapa jenis bentuk dan stail ini dan padankan dengan bentuk wajah kamu!
Bentuk Semula Jadi Lebih Baik!
Mengekalkan bentuk kening yang semula jadi ini sebenarnya tidak memerlukan usaha yang maksimum dan profesional. Sesuai juga untuk beginner, kamu hanya memerlukan brow powder (atau brow pencil), tweezer dan spoolie.
Cara-caranya:
- Lukiskan secara layang frame kening yang kamu mahu dan set.
- Ambil tweezer dan bersihkan helaian bulu kening yang berada di luar frame.
- Setelah selesai, ambil spoolies dan berus bulu kening yang berada dalam frame atau bentuk yang kamu mahu.
- Jika bulu kening kamu jarang-jarang atau tidak lebat, ambil brow powder dan lukiskan sedikit di ‘tempat kosong’ kening kamu dan siap!
Kening Lebat Nampak Lebih Seksi
Seperti Elfira Loy dan Cara Delevigne, kebanyakan wanita sangat menginginkan bentuk kening lebat seperti mereka berdua. Bentuk kening yang ikonik ini menjadi satu trend yang masih kekal sehingga sekarang.
Bagi kamu yang tidak mempunyai kening yang lebat dan menginginkannya, jangan risau kerana kamu juga boleh mendapatkannya.
Hanya menggunakan brow powder (atau brow pencil) dan eyebrow gel sahaja, kamu boleh hasilkan kening yang lebat seperti mereka.
Cara-caranya:
- Dalam bentuk kening atau frame yang diingini, ambil brow powder dan mula lukiskan ‘bulu’ kening secara merapat dan tebal.
- Lakukan dari bahagian depan sehingga ke belakang.
- Setelah selesai, ambil brow gel dan sikat bulu kening kamu. Pastikan lakukannya dari depan sehingga ke belakang dan siap!
Tampil Lain Dengan ‘Kecilkan’ Bentuk Kening
Sangat popular pada tahun 90-an, gaya kening yang kecil ini sebenarnya mudah untuk dilakukan.
Tidak perlu menggunakan bahan yang banyak dan menghabiskan masa untuk melukis kening, kamu hanya perlukan eyebrow gel dan spoolie sahaja.
Cara-caranya:
- Menggunakan spoolie, sikat bulu kening sehingga ia menjadi nipis dan membentuk satu garisan yang kecil sahaja.
- Kemudian, ambil brow gel dan sikatkan dari bahagian depan sehingga ke belakang.
- Sambil menyikat kening dengan brow gel, pastikan kening kelihatan sangat nipis dalam bentuk yang kamu mahu.
Tetapkan Bentuk Kening Dalam Bentuk Lurus
Mahu tampil dengan kening ala-ala Kendall Jenner, bentuk kening ini tidak mempunyai sudut dan ia hanya dalam sebuah bentuk yang lurus sahaja.
Gaya kening ini sebenarnya memberikan ilusi bentuk wajah untuk kelihatan lebih kecil daripada biasa. Mudah untuk menggayakan kening ini, kamu hanya perlukan tweezers, brow powder (atau brow pencil), spoolie dan eyebrow gel.
Cara-caranya:
- Lukiskan frame yang lurus sesuai dengan bentuk muka kamu.
- Kemudian ambil tweezer dan cabut beberapa bulu kening yang berada di luar frame.
- Rapikan bulu kening dengan spoolie dan gelapkan sedikit menggunakan brow powder.
- Akhir sekali, set kening kamu menggunakan eyebrow gel dari bahagian depan sehingga ke belakang.
Rasanya macam tak sabar nak tengok cermin dan pilih bentuk kening yang mana sesuai untuk wajah. Kamu pula suka yang mana?