Semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini, ramai ibu bapa dapat meluangkan masa bersama anak-anak di rumah berbanding sebelum ini sibuk berkerja di luar.
Jadi apa kata manfaatkan peluang keemasan ini dengan melakukan aktiviti bersama anak-anak tersayang, seperti membuat kraftangan keretapi Didi & Friends karakter kesukaan anak-anak.
Lagipun aktiviti kraf seperti bukan saja menyeronokkan, malah ia juga mudah serta dapat merapatkan hubungan ibu bapa dan anak betul tak.
Bahan-bahan untuk membuat keretapi Didi & Friends
- Foto – Facebook Didi & Friends
- Pistol gam panas
- Pembaris
- Penutup botol
- Pisau
- Tali
- 4 kotak tisu jenis roll (lihat gambar)
- 3 keping kertas warna yang berlainan warna (pilihan warna kertas ikut suka masing-masing)
- Gunting
- Gam
Cara buat keretapi Didi & Friends
Langkah pertama
- Foto – Facebook Didi & Friends
Pertama sekali lipat kertas warna kepada dua secara memanjang, kemudian potong kertas warna tersebut.
Langkah kedua
- Foto – Facebook Didi & Friends
Selepas itu gamkan kertas warna tersebut pada kotak tisu jenis roll menggunakan gam biasa, guna dua kertas warna biru untuk dua kotak tisu, manakala kertas warna hijau untuk satu kotak tisu dan kertas warna merah jambu untuk satu kotak tisu.
Sekarang kita dah ada dua kotak tisu yang dibaluti kertas warna biru, satu kotak tisu yang dibaluti kertas warna hijau dan satu kotak tisu yang dibaluti dengan warna merah jambu.
Langkah ketiga
- Foto – Facebook Didi & Friends
Ambil Kotak tisu warna biru dan kemekkan hujung kotak tisu seperti dalam gambar, kemudian ambil pistol gam yang telah dipanaskan dan gamkan bahagian kotak yang telah dikemekkan itu pada kotak tisu berwarna biru yang satu lagi.
Langkah keempat
- Foto – Facebook Didi & Friends
Selepas itu, buat penanda pada setiap badan kotak untuk letakkan tali dan juga penutup botol. Dah buat penanda, terus gamkan penutup botol di bahagian yang ditanda itu dengan pistol gam panas.
Kemudian guna pistol gam panas dan gamkan tali di bahagian atas penutup botol pada setiap kotak tisu (lihat gambar).
Langkah kelima
- Foto – Facebook Didi & Friends
Akhir sekali letakkan gambar karakter Didi & Friends pada kepala kotak tisu dengan menggunakan gam biasa. Keretapi dah siap, dan boleh bermain bersama anak-anak di ruang tamu rumah.
Untuk melakukan aktiviti kraftangan ini kamu sebagai ibu bapa perlu pantau dan bantu pada bahagian yang sukar seperti penggunaan pistol gam panas, serta bantu dari segi menggamkan kotak tisu, tali dan penutup keretapi.
Selamat mencuba♥