Bagi yang sudah merasai menu daging harimau menangis, pasti tidak boleh melupakan kelembutan serta keenakkan daging tersebut setelah sekali rasa.
Rasa-rasa bahagian daging lembu yang mana satu sebenarnya melambangkan daging harimau menangis, ada yang menyatakan ianya dari bahagian terderloin tapi betulkah?
Daging Harimau Menangis Dari Bahagian Brisket Lembu
- Foto – Pinterest
Ya, daging harimau menangis yang menjadi kegemaran ramai ini sebenarnya dari bahagian brisket lembu atau dalam nama lain ianya dari bahagian dada lembu.
Kebanyakan orang menyangka daging harimau menangis merupakan bahagian terderloin dan ada juga yang menyatakan dari bahagian striploin tetapi sebenarnya dari bahagian brisket!
Rasa Lembut Dan Berlemak
- Foto – Pinterest
Bahagian daging di dada lembu atau bahagian brisket ini mempunyai tekstur lembut dan sangat berlemak, membuatkan ia menjadi sangat lazat dan pilihan ramai bagi yang tahu akan kelazatannya.
Bahagian Yang Sangat Susah Nak Dapat
- Foto – YouTube
Sudahlah daging bahagian brisket ini mempunyai tekstur lembut dan berlemak, bahagian ini jugalah paling susah nak dapat di pasaran kerana kuantitinya yang sedikit.
Tak hairanlah jika penjual daging lembu di pasar letak saja bahagian daging brisket di atas meja jualan, pasti laku keras kerana ramai yang berikut ingin dapatkan bahagian daging empuk ini.
- Foto – Buckhead San Antonio
Purata kuantiti bahagian daging brisket dalam seekor lembu adalah dalam sekitar enam kilogram atau lebih sedikit, dengan kuantiti yang sedikit ini menyebabkan ia dikategorikan sebagai daging rare dan sukar nak dapat di pasaran.
Jadi beruntung siapa dapat membeli daging lembu bahagian brisket ini
Jenis Potongan Bahagian Daging Lembu Mengikut Kategori
- Foto – The Meat Stick
Bagi yang tidak tahu bukan semua penjual daging tempatan memotong daging lembu mengikut bahagian-bahagiannya, hanya segelintir kedai sembelihan memotong daging lembu mengikut bahagian.
Kebanyakan penjual daging tempatan memotong daging lembu kepada empat bahagian potongan, dan cara potongan sebegini tidak mempunyai potongan bahagian brisket.
Tetapi daging import Malaysia menggunakan kaedah lapan potongan bahagian atau juga dikenali sebagai wholesale cuts, dan bahagian ini mempunyai bahagian daging brisket.
Jenis-Jenis Bahagian Daging Lembu
Bagi yang ingin ketahui bahagian daging lembu dan bahagian yang mana satu daging brisket dengan lebih jelas, boleh rujuk gambar-gambar di bawah.
Bahagian Daging Brisket
- Foto – Facebook Zul Haji Rahim
Bahagian Daging Terderloin
- Foto – Facebook Zul Haji Rahim
Bahagian Daging Striploin
- Foto – Facebook Zul Haji Rahim
Bahagian Daging Rib
- Foto – Sirap Limau
Patutlah daging harimau menangis ini sangat sedap, kerana dari bahagian brisket lembu yang sudah tentu lembut, empuk dan lemak berkrim!