Biasanya semasa sedang datang haid, wanita Muslim tidak dapat melakukan ibadat seperti solat, puasa dan membaca al-Quran.
Jadi apa yang boleh wanita lakukan tatkala sedang datang bulan, amalan yang bagaimana wanita Muslim boleh lakukan sepanjang tempoh tersebut?
Sebenarnya meskipun dalam keadaan haid wanita masih boleh melakukan beberapa amalan yang mendekatkan diri kepada Sang Pencipta nak tahu apakah amalan yang boleh dilakukan jom lihat di bawah.
Berzikir
- Foto – Deenamik
Semasa dalam tempoh haid wanita boleh lakukan amalan berzikir, amalan ini bukan saja dapat memberi pahala sebaliknya ia dapat menyucikan jiwa dan hati.
Baca Tafsir Al-Quran
- Foto – Islampos
Meski tidak boleh membaca al-Quran, tetapi wanita masih boleh membaca tafsirnya dan membaca tafsir al-Quran juga memberi pahala kepada si pembacanya.
Baca Al-Ma’thurat
- Foto – Tokopedia
Selain membaca tafsir, wanita juga boleh mengamalkan membaca al-Ma’thurat dengan niat berzikir merupakan amalan mulia yang boleh dilakukan semasa sedang uzur.
Selawat
- Foto – Keluarga
Menghabiskan masa dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW semasa uzur, merupakan amalan yang bagus dan mendapat ganjaran pahala jadi aktiviti seperti ini bagus dilakukan selalu sama ada datang haid ataupun tidak.
Memudahkan Urusan Orang Lain Untuk Beribadah
- Foto – Griya Al-Quran
Dan akhir sekali adalah melakukan perbuatan memudahkan urusan orang lain untuk beribadah seperti membentangkan sejadah, menawarkan diri untuk mencuci telekung surau atau masjid, dan berkongsi ilmu agama.
- Foto – Islami
Tidak sangka bukan sebenarnya wanita boleh lakukan amalan-amalan ini ketika dalam keadaan haid, dengan mengamalkan aktiviti manfaat seperti ini para wanita secara tidak langsung dapat mengumpul pahala dan mendekatkan diri pada Allah S.W.T.
Jadi bagi yang ingin mengumpul pahala serta mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, lakukan lima amalan mulia seperti diatas.
Selamat beramal♥