Mesti kamu pernah screenshot atau simpan beberapa gambar pakaian yang menjadi inspirasi kepada outfit of the day kamu.
Apabila lihat kembali gambar tersebut, nampak sangat cantik dan terletak elok sahaja di badan orang lain tetapi bukan kamu, kenapa agaknya?
Kamu perlu tahu, ada beberapa pakaian dan gaya pemakaian baju tersebut mungkin tidak sesuai dari segi bentuk badan, citarasa dan gaya.
Jadi untuk lebih nampak cantik dan sesuai dengan pakaian yang kamu pakai, elakkan daripada melakukan kesilapan ini!
Pakaian Berkedut
Siapa sahaja yang sukakan baju atau seluar mereka berkedut dan tidak seterika sebelum keluar? Jawapannya, tiada siapa!
Memakai pakaian yang berkedut dan tidak diseterika sebelum keluar menampakkan seseorang itu tidak kemas, serabut dan tidak mempunyai etika.
Jadi elakkan sebelum keluar, wajib untuk kamu menyerika pakaian untuk kelihatan lebih kemas dan profesional.
‘Extra Trendy’
Tidak salah untuk kelihatan trendy dan lebih bergaya dalam pakaian kamu. Tetapi kamu perlu tahu untuk tidak terlalu over dan extra trendy dalam berfesyen.
Jika kamu menjadikan beberapa orang individu atau selebriti sebagai inspirasi dalam berfesyen, elakkan daripada meniru keseluruhan fesyen mereka.
Malah, cuba untuk ciptakan semula gaya pakaian dengan taste kamu sendiri. Kamu boleh guna pakaian yang sedia ada untuk mix and match berbanding dengan membeli pakaian yang baru.
Selain dapat jimatkan wang, kamu juga dapat mencipta look dan gaya baru yang lebih sesuai dan trendy.
Pemilihan Warna
Pemilihan warna merupakan elemen yang penting untuk kamu tampil bergaya, kelihatan kemas dan tidak serabut. Tidak kiralah dari segi warna kulit atau keseragaman pakaian dari atas sehingga bawah, kamu perlu tahu warna apakah yang sesuai.
Jika kamu memilih untuk memakai pakaian yang tidak sesuai dengan warna kulit, berkemungkinan orang lain menganggap kamu sebagai seorang yang serabut, tidak pandai bergaya dan tidak mempunyai taste dalam berpakaian.
Jadi penting untuk tahu warna apakah yang sesuai untuk kamu pakai untuk kelihatan cantik dan tidak nampak seperti mereka yang tiada sense of fashion.
Lipatan Pada Lengan Baju
Nampak cool sangat kalau lipat lengan baju. Tetapi jika main lipat sahaja lengan baju, kamu boleh nampak sangat selekeh dan serabut.
Bagi melipat lengan baju untuk kelihatan kemas dan bergaya, kamu memerlukan lipatan ringkas yang membuatkan cuff kelihatan bersih daripada kedutan.
Dan elakkan beberapa kaedah atau trik yang buatkan kamu kelihatan tidak kemas dan nampak seperti individu yang tidak mementingkan penampilan.
Panjang Seluar
Memang susah untuk cari seluar yang sesuai dengan ketinggian kita di kedai melainkan tukang jahit kamu yang menjahitnya.
Apabila memakai seluar yang terlalu panjang untuk ketinggian, kamu bukan sahaja nampak serabut dan tidak kemas bahkan ia membuatkan seluar kamu berfungsi seperti sebuah penyapu.
Jika kamu mempunyai panjang seluar melebihi ketinggian kaki, segeralah berjumpa dengan penjahit untuk membaiki. Dan elakkan daripada melipat kaki seluar sehingga ia kelihatan seperti pemberat di bahagian kaki.
Aksesori Yang Berlebihan
Cakap tentang aksesori, sudah semestinya ia menjadi rakan baik kepada para wanita. Kalau boleh, setiap wanita pasti mahu memakai kesemua aksesori pada pakaian dan badan mereka untuk tampil bergaya.
Tetapi aksesori yang berlebihan boleh menampakkan penampilan kamu sangat ‘berat’ serabut, tidak kemas dan tidak sesuai untuk digayakan. Jadi untuk setiap outfit, kamu perlu try and error untuk tahu sama ada aksesori itu sesuai atau tidak.
Kalau tidak berani, kamu boleh kurangkan penggunaan aksesori seperti hanya memakai anting-anting yang minimalis, cincin atau hanya rantai leher untuk setiap outfits.
Selepas membaca entri ini, sudah semestinya kamu pernah melakukan salah satu kesilapan ini untuk tampil bergaya dengan pakaian kamu. Agak-agaknya kamu pernah lakukan yang mana?