Sebelum pakai foundation, kamu ada gunakan primer untuk prep wajah? Jika tidak kenapa?
Ramai yang menganggap primer sebenarnya tidak penting dan terus skip daripada menggunakannya. Sama seperti produk makeup yang lain, primer ada fungsinya sendiri.
Untuk mereka yang skip primer dalam rutin, fungsi utama primer adalah untuk melicinkan kulit, jadikan kulit lagi halus dan sekata. Apabila kamu sapu primer ke wajah, ia akan tutup liang pori, cela dan menjadikan finishing kulit lebih halus.
Sebelum kamu guna primer, pastikan ianya sesuai dengan jenis kulit kamu. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif dan acne prone, penulis tahu susah untuk cari produk yang sesuai. Jadi ini adalah cadangan primer yang sesuai digunakan oleh mereka.
The Ordinary High Adherence Silicone Primer [RM 45.50]
Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan acne prone, primer ini menggunakan formula adaptive silicones yang canggih. Formula ini menjadikan finishing solekan lebih matte dan halus selain membuatkan ia tahan lebih lama.
Pemakaian primer ini tidak meninggalkan kesan berminyak yang membuatkan penampilan pori tidak kelihatan dan ketidaksempurnaan pada wajah.
Sendayu Tinggi Tea Tree Primer [RM 30]
Apabila wajah kamu berminyak secara berlebihan dan sensitif, ia akan menyumbatkan liang pori dan menjadikannya wajah kamu berjerawat.
Primer Sendayu Tinggi ini menggunakan ekstrak Tea Tree di mana ianya bagus untuk digunakan dalam merawat wajah yang berjerawat. Sambil ia merawat jerawat, ekstrak ini juga mengawal pengeluaran minyak secara berlebihan dan mengecilkan pori di wajah.
THE BODY SHOP All-in One Instablur [RM 93.17]
Primer ini mengandungi bahan Vitamin E iaitu membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV.
Sesuai untuk kesemua ton warna kulit, primer ini boleh membantu kamu mengurangkan penampilan liang pori, cela, menghaluskan kulit dan membuat solekan kamu tahan lama.
Primer ini juga mengandungi minyak Marula iaitu menjadi pelembap yang terbaik untuk kulit berminyak dan merawat jerawat. Minyak ini juga mempunyai sifat antimicrobial dan sangat efektif dalam melawan bakteria yang menyebabkan pembentukan jerawat dan, whiteheads dan blackheads.
COVER FX Mattifying Primer With Anti-Acne Treatment [RM 169]
Selain menjadikan kulit kamu matte dan menutup pori, primer gel ini dapat mengatasi masalah blemishes dan jerawat dengan kandungan 1% Salicyclic Acid.
Primer ini bebas daripada bahan kimia seperti parabens, sulfate, phthalates, fragrance, talc, gluten dan minyak mineral yang mempunyai potensi untuk menyumbatkan liang pori serta merengsakan kulit kamu.
TOO FACED Hangover Primer [RM 77]
Bagi mereka yang gemar untuk bersolek, pasti mereka tidak boleh tolak TOO FACED Hangover Primer. Menggunakan formula yang bebas daripada silikon iaitu bahan yang membuatkan kulit kamu menjadi tersumbat, kusam dan kering.
Dalam pada masa yang sama, primer ini menggunakan bahan seperti air kelapa yang melembapkan wajah dan menyerikan kembali wajah kamu.
Walaupun susah untuk mencari primer atau apa-apa produk untuk kulit sensitif dan acne prone, sebelum membeli kamu perlu membuat sedikit research untuk tahu sama ada ianya sesuai atau tidak dengan kulit kamu.