Ganja tidak melalaikan dan merbahaya!
Setelah digunakan secara terapi selama ribuan tahun, United Nations akhirnya mengakui nilai perubatan pada ganja dan mengeluarkannya dari senarai ubat berbahaya yang diletakkan di bawah kawalan ketat.
Ganja dikategorikan sebagai dadah sama seperti heroine dan pelbagai lagi. Walaupun dikatakan tidak merbahaya dan mampu merawat masalah kesihatan fizikal mahupun mental, ia masih diharamkan di negara kita.
Digunakan Untuk Tujuan Perubatan
Setelah mendapat saranan dari pakar-pakar di World Health Organisation di UN Commission for Narcotic Drugs harus mengeluarkan ganja dari senarai ubat berbahaya antarabangsa untuk digunakan dalam tujuan perubatan.
- Foto – Medium
Walaupun sekarang diakui sebagai ubat, ganja tetap dilarang untuk penggunaan bukan perubatan.
Prejudis Terhadap Ganja
“Keputusan awal (pada tahun 1961) untuk melarang ganja tidak mempunyai asas saintifik dan dibuat berdasarkan prejudis dan perkauman.
“Ini mengabaikan hak dan tradisi masyarakat yang telah tumbuh dan menggunakan ganja untuk tujuan perubatan, terapi, keagamaan dan budaya selama berabad-abad.
- Foto – Harvard University
“Bahkan kerana prejudis menyebabkan berjuta-juta orang menjadi penjenayah dan dipenjara di seluruh dunia,” jelas Anna Fordham, pengarah eksekutif untuk International Drug Policy Consortium.
Lebih 50 Negara ‘Halalkan’ Ganja
Dilaporkan lebih daripada 50 negara di seluruh dunia telah mengadakan program ganja perubatan. Selain itu, Kanada, Uruguay dan 15 negara di Amerika Syarikat telah menghalalkan penggunaan ganja. Mexico dan Luxembourg juga hampir menghalalkan ubat ganja.
Ini adalah berita menggembirakan bagi jutaan orang yang menggunakan ganja untuk tujuan terapi, dan mencerminkan realiti pasaran yang semakin meningkat untuk produk ubat berasaskan ganja.
- Foto – phys.org
Ini kebaikan ganja – Kebaikan ‘Dadah’ Ganja Yang Ramai Salah Faham
Penggunaan ganja untuk perubatan telah wujud beribu-ribu tahun, digunakan dalam perubatan Cina pada abad ke-15 BC, begitu juga di Mesir dan Yunani.