Siapa yang belum menonton filem The Call di Netflix? Kalau belum, patut atau tidak kamu menonton filem ini?
Kalau diikutkan, penulis memang takut untuk menonton drama atau filem yang bergenre thriller. Tetapi disebabkan oleh pelakon, Park Shin-hye, penulis tidak boleh tolak. Wajib kena tonton!
Filem The Call yang diarahkan oleh Lee Chung-hyun ini merupakan remake daripada filem The Caller (2011) iaitu filem thriller Britain dan Puerto Rico. Beliau yang menggabungkan kesemua logik berkaitan dengan time travel dan realisasikan dalam filemnya ini.
Dibintangi oleh pelakon Park Shin Hye (Kim Seo-yeon) dan Jeon Jong-seo (Oh Young-sook), filem ini menggambarkan dua orang wanita dari masa yang berbeza telah berhubung melalui sebuah panggilan telefon yang misteri.
Kim Seo-yeon telah menerima panggilan telefon yang misteri daripada seorang pembunuh wanita pada masa yang lalu iaitu Oh Young-sook, di mana dia perlu mengambil tindakan dengan segera bagi menghentikan perbuatan Young-sook sebelum terlambat.
Mempunyai Telefon Time Travel
Filem ini bermula apabila seorang wanita yang bernama Kim Seo-yeon telah berpindah semula ke rumah lamanya yang dihiasi dengan gothic vibes yang menakutkan.
Tidak lama selepas itu, dia menerima sebuah panggilan yang misteri dan mengejutkan apabila seorang wanita iaitu Oh Young-sook telah menangis teresak-esak di hujung panggilannya.
Young-sook yang meminta tolong daripada Seon-yeon untuk selamatkan dirinya daripada ibu tiri yang merupakan seorang bomoh yang mahu membunuh Young-sook.
Menyedari bahawa Young-sook pernah tinggal di rumah yang sama pada dua dekad yang lalu, mereka telah berhubung dengan kerap dan menjadi rakan baik.
Seon-yeon yang telah mendorong Young-sook untuk membunuh ibu tirinya telah membawa kesedaran padanya. Dia yang tidak mengetahui hubungan mereka sebenarnya membawa kesan buruk apabila dia telah terbuka Kotak Pandora yang melintasi masa yang membawa kepada banyak pertumpahan darah dan nyawa.
Menyedari hal itu, Seon-yeon struggle untuk berlawan merentasi masa bagi menyelamatkan dirinya dan orang lain akibat perbuatannya yang menukarkan Young-sook iaitu seorang wanita mental yang bertukar menjadi pembunuh.
Unsur Bomoh Dan Gothic Vibes
Filem The Call ini menggabungkan unsur-unsur seram yang boleh dipercayai dan telah dikaitkan dengan tradisi Korea.
Penggunaan unsur bomoh yang berbeza dengan negara-negara lain, telah menjadikan watak dan lokasi rumah ini kelihatan seperti rumah hantu yang klasik. Mempunyai unsur gabungan seni bina gothic yang memberikan feeling keseraman pada penonton.
Filem ini yang menggunakan ruang bawah tanah yang menyeramkan, dengan pencahayaan yang rendah memberikan penonton rasa yang suspense dan takut apabila keseluruhan filem ini menggunakan palet filem yang berwarna gelap.
Wanita Mental Yang Suka Membunuh
Filem The Call ini menceritakan siapakah sebenarnya Young-sook. Dilihat sangat normal tetapi rupanya dia seorang wanita mental yang tidak suka akan ibu tirinya.
Menggunakan pendekatan yang dapat ‘mencekik’ penonton untuk tahu siapa diri Young-sook sebenarnya dan apa motifnya telah membuatkan keseluruhan cerita ini mengagumkan penonton.
Young-sook yang memainkan peranan sebagai seorang wanita yang tidak bersalah pada mulanya telah menjerat Seon-yeon untuk menjadi kawan kepadanya. Pada awalnya semuanya kelihatan indah tetapi pada suatu ketika, keadaan semakin pelik.
Seon-yeon yang menganggap sebenarnya hubungan itu tidak patut wujud telah membuatkan Young-sook mengamuk dan mula bertindak di luar kawalan.
Kenapa Kamu ‘Wajib’ Menonton?
Filem ini sangat recommended oleh penulis kerana di sini kamu boleh melihat bagaimana Jeong Jong-seo memainkan watak Young-sook dengan berjaya.
Watak tersebut yang membawa penonton merasai perjalanan kehidupannya yang penuh dengan cabaran dan simpati terhadap keadaannya yang membuatkan dia berubah menjadi seorang wanita mental yang penuh dengan kebencian.
Peranan watak yang dibawanya pasti membuatkan kamu tidak sangka akan tindakan seorang wanita yang sangat pendiam dan takut akan dunia tetapi boleh berubah dalam sekelip mata.
Sinopsis
Setelah sekian lama, Kim Seo-yeon kembali ke rumah lamanya di mana dia tinggal bersama kedua ibu bapanya ketika kecil. Untuk pertama kalinya, dia telah menerima sebuah panggilan misteri.
Menerusi panggilan tersebut, dia telah bercakap dengan seorang wanita, Oh Young-sook yang tinggal di rumah yang sama pada dua dekad dahulu dan menjadi kawan melalui panggilan misteri itu.
Pada suatu hari, mereka berdua telah mencapai kata sepakat untuk melakukan perubahan kecil dalam kehidupan mereka yang membawa kepada pengubahan hidup mereka.
Kamu rasa apakah pengakhiran filem ini? Adakah ia kembali menjadi normal seperti sebelumnya atau menjadi teruk? Kalau nak tahu, jangan lupa streaming filem The Call di Netflix.