Bagi sesetengah individu menindik pada anggota tubuh badan mereka sendiri memberi keyakinan dan merasakan diri mereka tampak lebih menarik dari biasa.
Tapi untuk pengetahuan semua, bukan semua tempat bagus untuk ditindik ada beberapa bahagian pada tubuh bahaya untuk ditindik.
Tindik Pada Puting
- Foto – Arkib Wanista
Puting merupakan antara bahagian paling sensitif pada tubuh badan manusia, wanita yang menindik pada puting mereka berpotensi menghidap jangkitan kuman, kerosakan saraf, pendarahan, hematoma, alahan dan parut keloid.
Puting yang ditindik mengambil masa lebih kurang enam minggu hingga ke enam bulan atau mungkin lebih, ianya bergantung pada tubuh badan individu.
Tindik Pada Vagina
- Foto – Healthline
Ngeri dengar ada wanita yang berani tindik pada bahagian kemaluan, vagina merupakan bahagian paling penting dan sensitif bagi wanita.
Tapi dengan trend masa kini ramai wanita muda sanggup menindik bahagian intim mereka, wanita yang menindik di bahagian vagina mereka berpotensi untuk mengadapi masalah ini:
- Jangkitan kuman
- Jangkitan HIV
- Hepatitis B dan C
- Pendarahan
- Parut
- Kesan alahan
Jika tiada sebarang jangkitan atau komplikasi berlaku, tempoh untuk pulih selepas tindik vagina adalah lebih kurang empat ke 10 minggu atau lebih.
Tindik Pada Lidah
- Foto – Arkib Wanista
Lidah yang berfungsi untuk merasa makanan dan minuman ditindik dengan aneka bentuk besi, wanita yang menindik pada lidah berpotensi untuk mengalami jangkitan kuman, membuatkan sukar untuk bercakap, menelan makanan dan merosakkan lidah.
Wanita yang menindik pada lidah mengambil masa lebih kurang empat ke enam minggu untuk pulih, tapi jika dalam tempoh tersebut berlaku sebarang komplikasi kamu harus segera mendapatkan rawatan di hospital.
Tindik Pada Kening
- Foto – Dr, Numb
Menindik pada kening sangat bahaya kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seperti menghidapi migrane, sakit kepala yang teruk, bengkak, pendarahan, dan mata menjadi hitam.
Biasanya selepas menindik pada bahagian kening ini, ianya mengambil masa lebih kurang dua ke tiga bulan untuk sembuh jika tiada sebarang komplikasi kesihatan yang lain.
Tindik Pada Tulang Rawan Telinga (Ear Cartilage)
- Foto – Arkib Wanista
Suka tindik banyak subang dan besi pada tulang rawan telinga (ear cartilage) mengundang risiko menghadapi keradangan pada telinga, jangkitan kuman, telinga bengkak, kerosakan tisu dan saraf, dan menyebabkan trauma pada tulang rawan telinga.
Tempoh untuk pulih selepas tindik dibahagian kening lebih kurang empat bulan hingga ke satu tahun, jika tiada sebarang komplikasi kesihatan berlaku sepanjang tempoh proses pulih.
- Foto – Arkib Wanista
Ini adalah beberapa tempat yang bahaya untuk ditindik pada badan kita, terang-terang nampak keburukan lebih tinggi dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa panjang jika tidak berhati-hati semasa menindik.
Sebaiknya tak perlulah nak tindik di tempat yang penulis senaraikan di atas, jika mahu juga terpulang risiko sendiri kena tanggung.
Selamat beramal!