WhatsApp kini telah menjadi salah satu aplikasi penting buat semua orang yang menggunakannya, ia menjadi medium perantaraan yang cepat untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Pengunaan WhatsApp yang mudah dan ringkas ini, ramai orang mula membuat kumpulan WhatsApp (group WhatsApp) masing-masing jadi tidak hairanlah seorang pengguna mempunyai lebih dari 10 kumpulan WhatsApp di telefon kan?
Tapi apabila banyak kumpulan WhatsApp di telefon, menyebabkan banyak juga mesej-mesej tersimpan di dalamnya bukan.
Pada 5 November 2020 baru-baru ini, WhatsApp memberi notis makluman baru di WhatsApp blog terdapat fungsi baru untuk semua pengguna setia WhatsApp.
Mesej Yang Tersimpan Lebih 7 Hari Akan Auto Padam
- Foto – WhatsApp
Selepas ini tak perlu lagi kamu pening kepala nak padam mesej individu ataupun mesej berkumpulan dalam WhatsApp, kerana mesej yang tersimpan lebih dari tujuh hari akan automatik di padam oleh sistem WhatsApp.
Fungsi ini akan memudahkan urusan pengguna, melancarkan lagi perjalanan aplikasi dan sekaligus meringankan sistem dalam telefon pintar juga.
Pengguna Boleh Pilih Tekan ‘On’ Atau ‘Off’
Bagi yang ingin menggunakan fungsi ini, tidak kira admin kumpulan WhatsApp atau pengguna mesej berseorangan boleh untuk memilih sama ada nak menggunakan fungsi tujuh hari mesej automatik padam ataupun tidak.
Cara Nak ‘On’ Atau ‘Off’ Auto Padam Mesej
- Buka chat WhatsApp
- Pilih chat individu atau kumpulan
- Tekan nama contact yang dipilih
- Kamu akan nampak ‘Disappearing Messages’
- Tekan ‘Disappearing Messages’
- Dan pilih nak ‘On’ atau ‘Off’ kan fungsi tersebut
Lepas ini tiada lagi mesej-mesej yang overload dalam aplikasi WhatsApp kamu, dan tidaklah kamu pening kepala nak padam mesej individu dan berkumpulan satu-satu kan.