Kalau ada dikalangan kenalan rapat atau ahli keluarga kamu sendiri di diagnos menghidapi kemurungan, tolong beri perhatian terhadap kata-kata yang kamu ucapkan kepada mereka.
Kerana kadang-kala kata-kata yang kamu rasa ianya adalah remeh dan perkara biasa, sebenarnya boleh memberi impak sedikit sebanyak dalam diri mereka.
Ini beberapa perkataan yang harus kamu beri perhatian, agar tidak terlepas cakap di hadapan mereka.
#1 “Ala Fikir Perkara Yang Gembira Dan Bahagia, Nanti Okaylah Tu”
Tolong jangan sesekali sebut ayat begini kepada mereka, kamu tidak merasakan apa yang mereka rasa dan hadapi. Tambahan lagi, kata-kata sebegini hanya akan membuatkan diri mereka menjadi bertambah murung dan tertekan.
- Foto – Emerald Psychiatry
#2 “Semuanya Akan Okay, Percayalah”
Mungkin bagi kamu ayat begini biasa saja, tapi bagi mereka yang menghadapi kemurungan akan berfikir sebaliknya dan ianya hanya akan mengusutkan fikiran mereka.
- Foto – Forbes
#3 “Jangan Cepat Mengalah, Setiap Penyakit Ada Ubatnya”
Kamu perlu tahu penyakit yang berdasarkan psikologi seperti ini tidak mempunyai sebagai ubat, mahupun tempoh sembuh kerana ia bergantung pada diri individu yang menghadapi masalah tersebut.
Jadi jangan sewenang-wenangnya, menyuntik kata-kata semangat begini pada mereka apatah lagi jika keadaan diri mereka sangat moody.
- Foto – Kinder
#4 “Ada Ramai Orang Yang Lagi Kesian Dari Kau, Janganlah Stress Sangat”
Mungkin kamu dah biasa bergurau kasar dengan kawan rapat kamu atau ahli keluarga kamu sendiri, dan apabila mereka menghidapi masalah kemurungan kamu mengeluarkan kata-kata sebegini dengan harapan mereka akan kembali bangkit bersemangat.
Tapi malangnya, ucapan sebegini hanya akan mengeruhkan lagi mood mereka dan mungkin akan membuatkan hubungan kamu berdua menjadi punah nanti. Jadi berhati-hati kalau nak bercakap.
#5 “Kau Dah Lah Duduk Seorang, Kawal Fikiran Kau Jangan Fikir Bukan-Bukan Sangat”
Tolong prihatin dan sensitif terhadap perasaan mereka yang sedang menghadapi masalah kemurungan ini, kerana salah cakap buruk padahnya nanti.
- Foto – Pune365
#6 “Ala Jangan Stress Sangat Nanti Okaylah Tu, Kau Kan Jenis Ceria Jangan Risaulah”
Jangan ingat orang yang jenis ceria dan happy-go-lucky, tak ada masalah yang boleh menyebabkan mereka menghadapi kemurungan!
- Foto – Business Insider
#7 “Baik Kau Duduk Dengan Family Kamu, Tak Adalah Kau Buat Benda Bukan-Bukan Nanti”
Tiada yang lebih berbisa daripada kata-kata seperti ini, kerana ucapan seperti ini membawa maksud diri mereka membebankan semua orang dan ia mungkin boleh menjerumus ke arah pemikiran untuk bunuh diri.
- Foto – Screenagers Movie
Jadi tolong peka dan sensitif terhadap apa yang kamu ingin ucapakan terhadap individu yang di diagnos dengan kemurungan ini.
Kerana dengan kata-kata yang diucapkan dari kamu, boleh membawa mereka secara tidak langsung ke pintu maut tanpa sedar.