Sebagai ibu bapa pastinya kita ingin berikan yang terbaik untuk anak bukan? Dengan kemudahan teknologi dan gabungan idea kreatif, pelbagai jenis permainan dihasilkan untuk membantu merangsang tumbesaran serta minda anak-anak.
Bagi ibu bapa yang sedang mencari permainan yang sesuai untuk merangsang minda anak-anak mengikut umur, ini beberapa jenis permainan yang boleh kamu amalkan kepada anak di rumah.
Alat Muzik
- Foto – Arkib Wanista
Dedahkan anak-anak dengan alat muzik dari awal dapat memberi banyak manfaat, antara manfaatnya:
- Merangsang minat seni muzik dalam diri anak
- Pendengaran menjadi peka
- Minda jadi kreatif dengan menghasilkan bunyi irama dari alat muzik
- Mengasah kemahiran anak menguasai alat muzik
- Sesuai untuk anak berusia 1-9 tahun
Blok Binaan
- Foto – Arkib Wanista
Alat permainan klasik yang diminati sepanjang zaman, permainan ini mampu merangsang minda anak untuk menjadi:
- Membuatkan anak jadi lebih kreatif
- Mengasah kemahiran kejuruteraan
- Mengembangkan daya pemikiran kritikal
- Sesuai untuk anak berusia 1-12 tahun
Jumbo Bananagrams
- Foto – Google
Beg yang dipenuhi dengan kad huruf bersaiz jumbo, permainan ini melatih anak kamu untuk:
- Belajar mengeja
- Mencari huruf untuk melengkapkan perkataan
- Belajar mengenal huruf ABC sambil bernyanyi
- Sesuai untuk anak berusia 3-12 tahun
Boggle Junior
- Foto – Arkib Wanista
Tiada apa yang lebih menarik dan menyeronokkan dengan melihat gambar berwarna dan menyusun ejaan dalam bekas boggle. Permainan ini akan melatih anak kamu untuk:
- Meningkatkan kemahiran mengenal huruf
- Mengeja dengan betul mengikut gambar
- Minda dan mata akan terangsang melihat warna pada gambar
- Sesuai untuk anak berusia 4-8 tahun
Lukisan
- Foto – Kid 101
Melukis bukan saja dapat membuka pintu kreativiti anak, tetapi ia juga merupakan kunci kepada world view yang dilihat oleh anak berdasarkan perspektifnya sendiri. Kelebihan aktiviti melukis kepada anak adalah:
- Menjana kreativiti minda anak
- Mengasah bakat seni lukis dalam diri anak
- Mengembangkan perspektif fikiran
- Mengenal warna dan kegunaannya
- Sesuai untuk anak berusia 4-12 tahun
Tanah Liat
- Foto – Google
Aktiviti messy seperti bermain dengan tanah liat, merupakan aktiviti yang cukup digemari oleh kanak-kanak. Antara kelebihan bermain tanah liat adalah:
- Warna-warni tanah liat merangsang minda anak untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif
- Mengembangkan idea bagi menghasilkan sesuatu menggunakan tanah liat
- Membangkitkan elemen artistik dalam diri anak
- Aktiviti terapi minda
- Sesuai untuk anak berusia 4-12 tahun
Puzzle
- Foto – Arkib Wanista
Dedahkan anak-anak dengan permainan yang mencabar minda seperti ini, bagus untuk merangsang minda anak dan keperibadian diri. Ini antara kelebihan bermain puzzle adalah:
- Mengasah daya fokus dan ketelitian
- Memupuk kesabaran dalam diri
- Mengembangkan daya pemikiran kritikal
- Meluaskan perspektif minda
- Sesuai untuk anak berusia 4-9 tahun
Jadi ibu bapa boleh menerapkan permainan dan aktiviti yang disenaraikan di atas kepada anak, bagi membantu merangsang minda anak dan tumbesarannya.
Diharap maklumat yang dikongsikan membantu, selamat beramal♥