Ada sesiapa yang menggunakan produk Sulwhasoo? Kalau anda perasan, hampir semua produk Sulwhasoo menggunakan Ginseng sebagai bahan utama.
Kenapa ginseng? Apa yang membuatkan ia istimewa di hati Sulwhasoo? Mengapa Sulwhasoo memberikan banyak tumpuan dan penyelidikan mengenai ginseng sebagai ramuan wira dan bukannya ramuan lain yang tidak kurang hebat, seperti Goji berry, Cordyceps, Red dates dan lain-lain?
- Foto – WebMD
Ginseng Ramuan Terbaik Untuk Anti-Penuaan
Sulwhasoo ada juga menggunakan banyak ramuan perubatan atau bahan berasaskan tumbuhan tapi ginseng adalah tumbuhan yang sesuai untuk penuaan kulit. Ini kerana ginseng adalah tanaman terbaik untuk penyelesaian anti-penuaan yang telah dikaji oleh Sulwhasoo.
- Foto – Arkib Wanista
Sulwhasoo menganalisis banyak buku, preskripsi dan kertas TCM (Traditional Chinese medicine) atau TKM (Traditional Korean Medicine) menggunakan kaedah analisis data besar seperti ‘Data-mining’.
Kemudian, Sulwhasoo memilih calon ramuan atau bahan kimia, meneliti dan mengesahkan keberkesanannya menggunakan alat bioteknologi moden.
Sebilangan besar agen aktif ginseng sukar digunakan secara langsung pada kosmetik. Biasanya tidak larut dalam air. Kerana itu, Sulwhasoo mengkaji menerusi teknologi seperti ‘GinsenisphereTM’.
- Foto – Sulwhasoo
Oleh kerana sifat bahan kimia semula jadi dari herba, sukar untuk mendapatkan bahan aktif yang berkualiti dari setiap tanaman. Ini kerana ia bergantung pada cuaca dan keadaan tanaman setiap tahun ke tahun. Itulah sebabnya Sulwhasoo mengkaji penanaman ginseng yang dikawal khas, seperti hidroponik atau teknologi aerofonik.
Concentrated Ginseng Renewing Serum
Berdasarkan ini, Sulwhasoo telah menemukan “Ginsenomics TM” bahan yang sangat berkesan pada kulit, di antara 30 saponin yang terkandung dalam ginseng. Maka terlahirlah Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Serum!
- Foto – Sulwhasoo
Concentrated Ginseng Renewing Serum memfokuskan pada “triple micro-targeting” melalui ramuan Ginsenomics TM, mewujudkan struktur sokongan yang tahan lasak, memperbaiki tanda-tanda kedutan dan sangat baik untuk anti-penuaan.
Kesan Menakjubkan
Produk kali ini mensasarkan “Triple Micro-Targeting”, yakni:
- Ketumpatan kulit 105% – Melindungi dan menambah semula kulit agar lebih tegang.
- Keanjalan 103% – Menguatkan struktur kulit untuk meningkatkan ketahanan.
- Pengurangan kedutan 17% – Memperbaiki tanda-tanda kedutan dan menguatkan pertahanan kulit terhadap rangsangan luaran.
- Tekstur gel sesuai untuk semua jenis kulit. Foto – Arkib Wanista
Teknologi Sulwhasoo yang moden, membantu memperbaiki kerengsaan kulit disebabkan persekitaran luaran dan kesan anti-penuaan yang kuat. Rangkaian Sulwhasoo boleh didapati di semua butik kecantikan dan Sephora.
Info lanjut, bolek semak laman web rasmi di sini.