Pengantin mana yang tidak mahu buat majlis resepsi di tempat yang grand, mewah dan bersejarah bukan?
Tanyalah mana-mana pasangan kerabat diraja, bangsawan dan selebriti terkenal dunia, pasti akan memberi jawapan yang serupa apatah mereka memang mampu untuk mengadakan majlis grand sedemikian.
Menyentuh soal majlis perkahwinan pastinya lokasi untuk majlis resepsi menjadi perhatian utama, dan rata-rata ramai pasangan dari pelbagai kelas memilih untuk mengadakan majlis resepsi mereka di Lake Como, Itali.
- Foto – Arkib Wanista
Apa yang istimewanya Lake Como, Itali ini sampai ia menjadi destinasi pilihan popular sang mempelai melakukan majlis di sana?
Banyak Pilihan Villa Mewah Aristokrat
Di sekitar kawasan Lake Como ini terdapat banyak villa-villa aristokrat yang mewah, klasik dan elegan untuk di pilih dan dijadikan sebagai lokasi majlis perkahwinan raja sehari.
- Foto – Arkib Wanista
Antara villa ternama yang menjadi pilihan pengantin ternama:
- Villa del Balbianello
- Villa Balbiano
- Villa Sola Cabiati
- Villa Pliniana
- Villa Orlando
- Hotel Villa D’Este
- XIV Century Villa Hotel
Panorama Yang Mengasyikan
- Foto – Arkib Wanista
Bagi pasangan yang suka melihat pemandangan alam semula jadi Lake Como di Itali ini merupakan lokasi terbaik untuk pasangan pengantin mengadakan majlis mereka, sambil dikelilingi dengan panorama alam yang indah.
Destinasi Untuk ‘Escape’ Dari Kesibukan Kotaraya
- Foto – Arkib Wanista
Dah bosan dengan suasana kesibukan di bandar, maka Lake Como menjadi pilihan untuk ‘escape’ seketika dengan mengadakan majlis resepsi di sana sambil di temani tumbuhan menghijau dan air tasik yang biru.
Majlis Resepsi + Bulan Madu
- Foto – Arkib Wanista
Mengadakan majlis perkahwinan di Lake Como umpama kombo dua dalam satu, di mana ia bukan saja sesuai dijadikan lokasi untuk majlis resepsi tapi ia juga lokasi yang sesuai untuk berbulan madu. Best sangat!
Destinasi Romantis
- Foto – Arkib Wanista
Setiap pasangan mahukan suasana majlis perkahwinan mereka diselubungi dengan suasana yang romantik dan indah, dan Lake Como mampu merealisasikan impian yang raja sehari inginkan.
Lambang Status
- Foto – Arkib Wanista
Salah satu sebab mengapa Lake Como ini menjadi destinasi pilihan utama pasangan pengantin adalah kerana, juga melambangkan kuasa dan status diri dan keluarga pengantin.
Lagipun bukan sembarangan orang boleh mengadakan majlis perkahwinan di Lake Como, Itali kalau bukan dikalangan orang berdarjat juga.
Majlis Glamour Era Feudal
- Foto – Arkib Wanista
Bagi pasangan yang ingin merasai majlis mewah dan grand umpama era zaman feudal, maka Lake Como merupakan tempatnya kerana villa-villa peribadi yang ada di sekitar tasik jernih ini di bina pada era feudalistik dan cukup bersejarah.
Oleh itu, pasangan dalam merasai kemewahan golongan aristokrat dahulu-kala, dengan mengadakan majlis perkahwinan mewah mereka di villa sekitar Lake Como ini.
Bonus
Dapat Shot Gambar Kahwin Cantik-Cantik
- Foto – Arkib Wanista
Melihat keindahan alam sekitar tasik Como dan juga pilihan villa-villa mewah yang ada, tidak hairanlah tasik ini menjadi destinasi pilihan bagi raja sehari untuk mengadakan majlis perkahwinan di sana.
Tambahan lagi, banyak shot-shot yang cantik tatkala mengambil gambar kahwin di sana dan hasil dari sesi fotografi tersebut sang pengantin akan tersenyum lebar melihat gambar kahwin yang cantik dan indah.
Bagi yang berkemampuan dan ingin mengadakan majlis grand dan bermakna, mungkin kamu boleh pertimbangkan untuk buat majlis resepsi dan berbulan madu di tasik Como, Itali selepas pandemik ini reda.