Merupakan bintang Jepun yang sangat top pada masa kini. Bukan sahaja miliki rupa paras ayu dan menawan, tapi berbakat besar dalam bidang lakonan juga.
Tapi kebanyakan orang mengenali wanita bertubuh genit ini kerana rupa parasnya persis Blackpink Lisa dan pernah dikaitkan dengan Bigbang G-Dragon. Kamu google nama Nana Komatsu, pasti akan terkeluar nama dua insan ini, atau ada gambar mereka.
- Foto – Arkib Wanista
Jom kenali Nana Komatsu, apa yang istimewa tentang dia sehingga menjadi Gadis Chanel.
Muda Lagi Rupanya
Siapa sangka Nana Komatsu baru 24 tahun, forever young sangat! Dia dilahirkan pada 16 Februari 1996 di Tokyo, Jepun.
Mula Karier Usia 12 Tahun
Ditemui oleh agensi bakat di Harajuku pada usia 12 tahun. Sebelum menjerumuskan diri dalam dunia lakonan, Nana terlebih dahulu menjadi model.
- Foto – www.tokyoweekender.com
Ceburi Layar Perak
Debut layar perak, sehingga kini Nana telah berlakon lebih dari 20 buah filem. Antara yang popular ialah The World of Kanako, My Tomorrow, Your Yesterday (Boku wa Asu, Kino no Kimi to Deto Suru) dan After the Rain (Koi wa Ameagari no You ni).
Bekerja Dengan Martin Scorsese
Bukan biasa-biasa kerana Nana juga berpeluang berlakon dalam filem Amerika ‘Silence’ yang diarahkan oleh pengarah tersohor Martin Scorsese tahun 2016.
- Foto – Arkib Wanista
Menang Anugerah
Nana berjaya merangkul anugerah ‘Best Newcomer’ di Japan Academy Awards, Hochi and Mainichi Film Awards untuk peranannya dalam filem The World of Kanako.
Gadis Chanel
Terkenal dengan fashion sense yang tersendiri, Nana terpilih menjadi duta Chanel pada tahun 2015. Dan sejak itu mukanya sentiasa memenuhi barisan hadapan setiap minggu fesyen.
Suka Shopping Fesyen Vintaj
Tidak hanya pakai barang mewah, Nana mengakui dia lebih suka mencari barang-barang vintaj di kedai terpakai. Bundle kegemarannya terletak di Koenji, Harajuku dan Shibuya.
Seluar vs Skirt
Kata Nana, dia selalu mencari pakaian di bundle yang menjual barang-barang lelaki. Nana lebih suka seluar daripada skirt, seluar lagi selesa.
Iras Blackpink Lisa
Ini semua setuju, figure Nana ada iras Lisa. Mungkin stail bangs dan rambutnya, atau senyuman manis.
- Foto – Allkpop
Kaitan Dengan G-Dragon
Semuanya timbul selepas akaun Instagram G-Dragon yang private telah digodam netizen. Di situ ada terselit foto mesranya bersama Nana. Lalu tertimbulnya gosip murahan.
Nana tanpa secalit solekan pun dah lawa. Beruntung sangat!