Jenama penjagaan muka, Clarisonic mengumumkan penutupan syarikat itu pada bulan September. Syarikat tersebut mengambil keputusan untuk menutup pengeluaran jenama itu supaya syarikat induknya, L’Oréal boleh memfokuskan kepada perniagaan yang memerlukan perhatiannya.
https://www.instagram.com/p/CCoVPJwpsCm/
Syarikat Clarisonic membuat pengumuman penutupannya pada 30 September 2020 di posting mereka di Instagram. Selari dengan penutupan itu, Clarison mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan setianya dan mengumumkan rangkaian produknya dijual sepenuhnya dengan potongan sebanyak 50% di laman webnya.
“Kepada pelanggan yang setia dengan Clarisonic, kami sangat gembira kerana dapat melayani anda selama ini. Sempena penutupan syarikat ini, setiap penjualan di clarisonic.com dan peruncit yang sah (Amazon, Sephora dan Ulta), kami menawarkan potongan harga sebanyak 50% sementara stok masih ada. Jika ada sebarang kemusykilan, anda boleh ke FAQ untuk melihat soalan-soalan berkaitan dengan penutupan kami,” ujar syarikat di posting Instagram mereka.
https://www.instagram.com/p/CCrVkO-Dx5s/
Menggunakan teknologi sonik yang berfungsi sebagai membersihkan kulit dan pori-pori di wajah, Clarisonic telah mengambil peluang itu dengan mengeluarkan brush head sejak tahun 2004. Sejak daripada itu, syarikat tersebut telah menjual lebih daripada 15 juta peranti yang telah dipatenkan (patented device) untuk menangani masalah penuaan dan jerawat.
Bagi pengguna setia Clarisonic seperti memberikan pendapat mengenai berita penutupan syarikat di Instagram Here For The Tea iaitu sebuah akaun yang mengikuti berita-berita terkini di internet.
Peranti Clarisonic pernah menjadi popular di kalangan makeup artists dan YouTubers seperti Tati Westbrook yang sering bercakap mengenai berus muka syarikat tersebut dan memuji akan keberkesanan dalam menangani masalah penuaan dan Jaclyn Hill yang memberi maklum balas mengenai produk Clarisonic.
Clarisonic mengesyorkan supaya penggunanya membeli stok dari laman web mereka atau peruncit yang sah, kerana Clarisonic tidak akan menjual peranti, brush heads dan alat tambahannya selepas 30 September 2020. Syarikat itu menjelaskan juga bahawa produk Clarisonic tidak akan dihasilkan oleh pihak ketiga atau penjenamaan semula.
Bagi mereka yang membeli produk ini sama ada sebagai pengguna lama atau baharu, jaminan, mata ganjaran dan pulangan hanya akan berlaku sehingga tarikh tutup iaitu 30 September 2020. Pengumuman ini hanya sah kepada pengguna yang membeli barang-barang daripada Clarisonic sebelum 30 September 2020 dan mendaftarkan produk tersebut untuk jaminan sebelum 31 Oktober 2020.