Baru nak belajar bersolek tetapi tidak pandai? Untuk bersolek, kita perlu berani dan tidak takut mencuba. Pada entri kali ini, Carya Cosmetics telah mengeluarkan beberapa Makeup Kit yang sesuai digunakan sama ada pengguna baharu mahupun pengguna profesional.
Carya Cosmetics merupakan produk tempatan yang semakin melonjak namanya di dalam dunia solekan. Dengan beberapa produk yang diperkenalkan dan mudah digunakan tak kira sama ada Makeup Artist (MUA) mahupun gadis-gadis yang baru berjinak dalam menggunakan alat solekan.
Bagi gadis-gadis yang mula berjinak menggunakan alat solek, Carya Cosmetics telah memudahkan penggunanya dengan menyediakan beberapa kit bagi menjimatkan ruang, wang dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Makeup Kit ini dihasilkan bagi mereka yang mencari gabungan solekan mata, bibir, pipi dan kening. Di dalam kit ini juga turut mengandungi berus bibir dan berus yang mempunyai pelbagai fungsi yang boleh diguna pakai sebagai berus bronzer, highlighter dan blusher serta cermin bagi memudahkan pengguna Carya Cosmetics.
Makeup Kit ini merupakan kit yang lengkap terdiri daripada 3 jenis warna Lip Cream, 3 jenis warna Eyeshadow, Color Corrector, Eyebrow Powder, Bronzer, Highlighter dan Blusher.
COCOA CLASSIC MAKEUP KIT
Bagi menghasilkan solekan yang natural, pengguna boleh menggunakan Cocoa Classic Makeup Kit kerana penggunaan warna-warna di dalam Makeup Kit tersebut merupakan warna yang seakan dengan warna kulit. Makeup Kit ini juga sesuai digunakan oleh pengguna yang ingin belajar bersolek dan pengguna yang tidak gemar akan mengenakan solekan yang tebal.
Cocoa Classic Makeup Kit ini sering menjadi tumpuan gadis-gadis yang sedang meningkat dewasa terutamanya pelajar kerana Makeup Kit ini mudah diaplikasikan dan dapat menghasilkan kesan solekan yang segar dan natural. Menggunakan Makeup Kit ini juga dapat menjimatkan masa bagi pengguna yang baru belajar bersolek.
TRUFFLE DARING MAKEUP KIT
Penggunaan Truffle Daring Makeup Kit dapat membantu pengguna dalam menghasilkan Warm Tone, Bold dan Smokey Makeup Look. Makeup Kit ini sesuai digunakan ketika menghadiri majlis atau acara rasmi. Makeup Kit ini sering menjadi tumpuan wanita berkerjaya kerana Makeup Kit ini memberi karakter tersendiri kepada penggunanya.
TIPS!!
Untuk pengetahuan pengguna yang baru berjinak menggunakan alat solekan, terdapat beberapa tips yang boleh digunakan ketika bersolek, antaranya…
- Eyeshadow
Pengguna boleh menggunakan Lip Cream, Bronzer, Highlighter, dan Blusher untuk menggantikan eyeshadow pallet yang terdapat di dalam Makeup Kit. Cara penggunaannya, pengguna hanya perlu calit sedikit pada pallet berkenaan menggunakan jari atau berus dan ratakan di kelopak mata. Untuk menghasilkan kesan eyeshadow mengikut minat, pengguna boleh melihat tutorial di Youtube untuk pemahaman yang lebih mendalam.
- Blusher
Pengguna boleh menggunakan Lip Cream sebagai blusher untuk mendapatkan warna blusher yang berlainan mengikut kesesuaian majlis atau penggunaanya. Pengguna boleh menggunakan jari dan ratakan di atas tulang pipi.
- Corrector
Lip cream juga boleh bertindak sebagai corrector. Pengguna hanya perlu peka akan warna kulit dan perlu membaca untuk mengetahui warna yang sesuai digunakan sebagai corrector mengikut jenis warna kulit. Bagi mereka yang mempunyai kulit berwarna gelap, warna oren dan merah sesuai digunakan. Manakala bagi kulit yang berwarna cerah, warna yang disyorkan ialah peachy.
- Eyebrow Powder
Untuk melukis kening, pengguna boleh menggunakan bronzer sebagai gantian kepada pensel kening. Pengguna hanya perlu menggunakan small angled brush untuk memudahkan dalam membentuk alis. Setelah bronzer telah diaplikasikan menggunakan small angled brush, pengguna perlu menggunakan spoolie untuk merapikannya.
Untuk melakukan pembelian atau maklumat lanjut, boleh ke Carya Cosmetics.