Pernah terfikir tak kenapa tiap kali nak tidur je mesti kita akan mencari selimut, kalau tak ada selimut tak boleh tidur atau susah nak tidur. Tidak kiralah cuaca sejuk atau hangat mesti kita akan mencari selimut untuk selubung diri dalam kain selimut.
Sebenarnya ada beberapa faktor kenapa kita tetap perlukan selimut, nak tahu apakah faktor yang menyebabkan kita perlu menggunakan kain selimut ini, baca artikel sampai habis.
#1 Suhu Badan
Dengan memakai kain selimut, ia dapat menghangatkan suhu tubuh badan kita. Untuk makluman tubuh kita mempunyai suhu dalaman dan dengan memakai kain selimut ia secara tidak langsung dapat membantu menghangatkan suhu badan.
Tetapi apabila kita tidur suhu tubuh di kawal dengan menyeimbang suhu mengikuti keperluan, ini berlaku apabila kita tidur berselimut pada waktu malam, dan tubuh akan menyeimbangi suhu mengikut keperluan tubuh badan.
#2 Tabiat Harian
Memakai selimut semasa tidur merupakan rutin harian yang kita lakukan dari kecil sehingga dewasa. Ia telah menjadi tabiat harian dan memberi impak kepada kehidupan seharian, sebab itu tidak kira kita keluar bercuti pasti, kita akan bawa kain selimut sebab sudah terbiasa tidur dengan menggunakan selimut.
#3 Mengurangkan Tekanan Dan Panik
Kalau nak tahu menggunakan selimut juga dapat mengurangkan rasa tekanan dan panik yang diri kita alami. Pernah tak diri kamu mengalami rasa tertekan atau takut, pasti kamu akan menyelubung diri di dalam selimut dan berasakan dengan tinggal berselubung dalam selimut membuatkan diri berasa selamat.
Nah konsep itu adalah sama, dengan membaluti tubuh dengan kain selimut ia membuatkan diri berasa selamat dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan dan menghilangkan rasa panik dalam diri.
#4 Bantu Mudah Tidur
Tidur berselimut memudahkan diri untuk tidur dengan nyenyak, ini kerana dengan berselimut membuatkan tubuh kekal hangat dan selesa untuk tidur. Dengan berselimut ia memberikan tubuh untuk relax dan mudah untuk tidur dengan nyenyak tanpa sebarang gangguan.
#5 Rasa Dilingdungi Dan Selamat
Tahu tak dengan berselimut ia memberikan rasa selamat dan aman kepada diri tanpa kita sedar, perkara ini berlaku kerana berselimut mencetuskan rasa dilindungi dan selamat dari sebarang ancaman.
Sebab itu apabila kita berasa takut pasti diri kita akan mencapai kain selimut untuk menyelubungi diri dan berharap rasa takut tersebut hilang. Memakai kain selimut ketika tidur ia membangkitkan rasa dilindungi dan rasa kekal selamat dalam kain selimut.
Hah, korang dekat rumah pakai selimut tak walaupun cuaca malam panas?
Rujukan: 1,