K-Pop Idol Kim Jae Joong, 34 tahun membuat lawak April Fool dengan menyatakan dirinya positif Covid-19, di Instagramnya pada 1 April 2020 sebelum edit dan membuat permohonan maaf di atas sikap tidak prihatin dan sensitif itu.
Penyanyi dari kumpulan idol JYJ di bawah naungan syarikat hiburan CJeS Entertaintment memaklumkan bahawa artis naungannya itu dalam keadaan sihat dan telah disahkan bahawa idol tersebut tidak dijangkiti Covid-19. Kini Kim Jae Joong berada di Jepun atas urusan kerja.
https://www.instagram.com/p/B-b9vV7DJ-B/
Dalam status yang telah disunting oleh artis K-Pop ini, menyatakan bahawa tindakan dirinya membuat lawak April Fool coronavirus adalah langkah yang salah.
Ekoran itu, dirinya memohon maaf atas sikap tidak sensitif dan peka terhadap isu Covid-19, terutama pada pihak kerajaaan dan pihak perubatan yang telah berulang kali menyebarkan hebahan tentang isu pandemik dan bertungkus-lumus bersabung nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
Dalam masa yang sama, Kim Jae Joong juga menyebarkan mesej agar orang ramai menjaga keselamatan dan kesihatan diri.
Kim Jae Joong juga menyatakan dirinya menyesal akan perbuatannya itu dan menerima segala hukuman atas status yang dimuatnaik sebelum ini.
Peminat Kecewa Idola Tidak Peka & Sensitif
Rata-rata peminat kecewa dengan sikap idola mereka, banyak perkara lain lagi boleh dijadikan bahan lawak jenaka tapi bukan dengan cara ini. Tambahan lagi, sebagai artis yang memiliki jumlah pengikut yang ramai di sosial media sepatutnya mengeluarkan mesej nasihat kepada peminat dalam masa penularan pandemik ini.
Dan bukannya membuatkan peminat risau dan tertekan dengan sikap idola yang mereka sayangi! Mana-mana selebriti perlu lebih peka terhadap isu-isu yang berat seperti ini dan bukannya ambil sambil lewa semata.
Peminat Harap Kim Jae Joong Belajar Dari Kesilapan
Meski peminat kecewa dengan sikap tidak sensitif dan tidak peka artis idola mereka, namun masih ada lagi peminat yang menerima permohonan maaf artis K-Pop tersebut dan berharap dirinya belajar dari kesilapan dan harus lebih peka dengan isu-isu yang berat seperti Covid-19 ini.
Di harap selepas ini Kim Jae Joong akan lebih prihatin, sensitif dan peka akan isu-isu yang tidak boleh dibuat sebagai bahan jenaka. Begitu juga dengan semua selebriti-selebriti dalam dan luar negara mereka juga harus jadikan kes Kim Jae Joong sebagai peringatan.
Ingat kerana peminat mereka berjaya dan kerana peminat juga boleh menyebabkan kerjaya mereka kecundang, bahana kerana sikap idola yang tidak peka dan sensitif. Jangan buat main tentang isu-isu berat sebegini hatta sebagai April Fool sekalipun!