Aktres Filipina yang cukup disegani Anne Curtis sekali memukau netizen dengan gambar maternity-nya.
Anne yang sedang sarat hamil tengah menunggu masa tampil berani mati tanpa seurat benang untuk potret maternity.
Berkongsi potret di Instagram, rata-rata pengikut terkejut dengan keselesaan Anne yang selamba menayang kesemuanya kepada umum. Dalam gambar itu, Anne hanya mengenakan solekan ringkas, bertelanjang bulat hanya menutup payudara dan bahagian intim sahaja.
Ada menyifatkan aksi Anne keterlaluan dan tidak manis dipandang, lagi pula untuk peminat remaja yang kemungkinan akan menirunya.
Sebelum ini juga Anne topless mengambil gambar bersama suaminya, Erwan Heussaff.
Baca : Malu Tengok Gambar New Year Aktres Anne Curtis Yang Sedang Sarat Hamil
Kita nak tengok pun rasa malu. Bagaimana Anne boleh berani sebegini ye? Dilaporkan Anne dan pasangan bakal dikurniakan seorang bayi perempuan.