Sebagai komuniti di sesebuah negara, kita sering disogok dengan bermacam cerita hantu. Mengikut kepercayaan nenek moyang, hantu yang digambarkan itu memiliki identiti yang tersendiri mengikut adat setempat. Ini Wanista perkenalkan 8 hantu paling ngeri mengikut kepercayaan masyarakat dunia.
#1 Pocong: Malaysia & Indonesia
Pocong yang ceritanya popular meluas sekitar daerah Nusantara ini adalah hantu yang dibaluti kain kafan. Dikenali sebagai hantu yang paling ditakuti ramai selepas Puntianak, menurut lagenda Pocong dikatakan muncul kerana mahu meminta pertolongan agar ikatan kain kafannya dibuka.
Manakala, ada juga cerita yang mengatakan bahawa pocong itu adalah jelmaan mayat yang tidak diterima bumi kerana dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan semasa hidupnya.
#2 Tiyanak: Filipina
Hantu ini menyerupai kanak-kanak atau bayi seperti Toyol. Tiyanak adalah makhluk mengikut kepercayaan masyarakat Filipina yang wujud di dalam hutan.
Jika ada mana-mana pelancing atau pengujung yang memasuki hutan lalu terdengar bunyi tangisan bayi itu mungkin tangisan Tiyanak yang ingin menarik perhatian manusia untuk mencarinya -konon menyelamatkannya namun, sebaik di angkat ia akan berubah rupa kepada rupa asalnya dan menyerang manusia.
#3 Bloody Marry: United Kingdom
Menurut kepercayaan masyarakat United Kingdom, Bloody Marry adalah sejenis entiti misteri dipenuhi darah yang akan muncul di cermin apabila nama ia disebut berulang kali. Dipercayai seorang wanita yang hidup di zaman dahulu kala.
Secara dasarnya, ia merupakan ritual yang digunakan anak gadis dulu-dulu untuk melihat calon bakal suami mereka. Dalam sebuah bilik yang gelap, mereka akan merenung ke dalam cermin sambil memegang lilin untuk melihat wajah bakal suami, namun ada sebahagian gadis yang melihat tengkorak dan itu menandakan mereka akan mati sebelum bertemu jodoh.
#4 Gwishin: Korea
Gwishin adalah perkataan hantu dalam bahasa Korea. Terdapat pelbagai jenis Gwishin dan salah satunya adalah Cheonyeo Gwishin yang merupakan hantu gadis sunti -mati sebelum sempat berkahwin. Apabila ia muncul, ia boleh dilihat memakai sejenis pakaian tradisi Hanbok putih dipanggil Sobok iaitu pakaian yang dipakaikan ke mayat wanita.
Rambutnya juga panjang mengurai kerana menurut tradisi orang Korea, perempuan bujang harus selalu mengikat rambut mereka menandakan yang mereka adalah anak dara.
#5 Mae Nak: Thailand
Ini merupakan lagenda yang khabarnya pernah terjadi zaman dahulu. Tentang seorang isteri yang sangat mencintai suaminya. Suatu hari suaminya bernama Mak pergi berperang dan harus meninggalkan dia dan bayi dalam kandungan. Akhirnya, si isteri yang bernama Nak mati kerana komplikasi semasa melahirkan namun sebaik pulang, Mak tidak percaya akan kata-kata orang kampung yang isterinya sudah mati kerana hakikatnya dia boleh melihat Nak dan anaknya masih hidup.
Akhirnya hantu Nak dapat ditangkap, dibuang jauh oleh sami dan tidak menggangu suami serta orang kampungnya lagi.
Sebenarnya banyak lagi hantu-hantu lain mengikut kepercayaan kaum dan etnik yang ada di dunia ni tapi kebanyakannya cuma roh yang tidak berbentuk. Masyarakat Asia je yang boleh nampak hantu secara jelas… ?
Yang menjadi persoalan, memang semua hantu-hantu kat dunia ni berjantina perempuan je ke?