Siapa yang miliki ketinggian 160cm ke bawah memang berperang setiap kali mahu memilih outfit harian.
Tips seperti pakai pakaian dari rona yang warna yang sama atau lebih mudah lagi hanya satu warna dari atas hinca bawah. Bagi menutup kekurangan terutamanya ketinggian, padankan seluar atau legging yang senada dengan warna baju. Pakai seluar atau celana jean yang mempunyai potongan lurus. Elemen aksesori perlu dititikberatkan kerana aksesori mampu mengubah penampilan seseorang dalam sekelip mata. Jangan pakai baju yang terlalu besar kerana kamu hanya akan kelihatan pelik atau mungkin orang akan berkata baju tersebut sebagai ‘baju pinjam’. Jangan sesekali memakai kasut pump atau kasut mendatar yang lain dan pelbagai lagi helah bagi menutup saiz fizikal yang kecil.
Baca : #Petite: 25 Bintang Popular Yang Miliki Ketinggian Tak Sampai 160cm Pun!
Tapi tahukah paling senang nak nampak tinggi dengan hanya mengenakan SELUAR… Serius kalau anda cuba trik genius Wanista, confirm penampilan terus nampak lain.
#1 Seluar berjalur menegak dapat membantu memberikan ilusi kerangka yang lebih rendah.
#2 Potongan high-waisted boleh membuat bahagian tengah badan kelihatan lebih tinggi, menjadikan kaki kelihatan lebih panjang.
#3 Cuba memakai seluar paras buku lali. Pilih potongan yang betul-betul jatuh tepat di atas pergelangan kaki untuk elak nampak pendek. Dan sekali lagi, pilih jenis high-waisted!
#4 Jumpsuits penuh mampu membuatkan kaki kelihatan lebih panjang daripada biasa.
#5 Tuck in baju ke dalam seluar untuk memberi ilusi lebih tinggi. Sebaiknya pilih jenis high-waisted agar menutup limpahan lemak pada perut.
Mudahkan cara Wanista? Apa lagi cubalah praktikkan. Selamat Beramal!