Kita selalu dijajakan dengan cerita yang kononnya hubungan Kylie dan Kendall tidak sebulu dengan bapanya, Caitlyn Jenner. Katanya adik-beradik cantik ini kurang menyenangi Caitlyn atas sebab-sebab tertentu. Bukan sahaja media yang melagakan malah menerusi program realiti Keeping up with the Kardashian dapat kita lihat betapa mereka mengelak dari berbicara tentang lelaki yang sudah bertukar menjadi wanita ini.
Tapi semalam sesudah Oscars, model tinggi lampai itu tiba di Vanity Fair afterparty bersama bapanya, Caitlyn, sekaligus mengadakan reunion kecil. Bukan itu sahaja, turut kelihatan bersama kekasih Caitlyn, Sophia Hutchins.
Yang pasti mereka kelihatan luar biasa dan mengancam, lebih-lebih lagi Kendall. Caitlyn, 69, memakai dress sequin emas berpotongan pendek dipadankan dengan dengan sepatu putih. Ringkas tapi tampak klasik sesuai dengan usianya.
Anak perempuannya Kendall, 23, pula sekali lagi curi tumpuan dalam dress sequin rona hitam paling seksi yang mendedahkan sebahagian punggungnya di bahagian tepi sehingga kelihatan bahagian sulit. Seram tengok! Rambut pula didandan berombak dan mengerbang ala-ala model Victoria’s Secret.
Rasanya hubungan Kylie dan Kendall dengan Caitlyn baik-baik sahaja. Cumanya keluarga Kardashian yang agak pasang surut dan canggung. Jadi, kepada netizen yang suka fikir yang bukan-bukan, tak perlu sibuk jaga tepi kain orang. Jaga diri sendiri dan lagi satu biasalah bertelagah antara keluarga.