Miss Universe 2018 menjadi milik jelitawan Filipina Catriona Gray.
Selain rupa paras menawan dan bijaksana, Catriona dikenali dengan gaya jalannya yang ikonik dipanggil ‘lava walk’.
Siapa sangka gaya Catriona Gray itu menjadi inspirasi atau sememangnya ditiru oleh peserta Miss Intercontinental ketika pertandingan akhir yang berlangsung baru-baru ini. Dua peserta dari Vietnam dan Thailand dikatakan telah meniru Catriona dari gaun, rambut sehingga ke gaya jalan.
Keadaan itu telah membuatkan netizen terpanggil memberi komen mengenai persembahan Miss Vietnam, Ngan Anh Au Le, yang hampir mereplikasi persembahan gaun petang Catriona ketika Miss Universe 2018.
https://twitter.com/pageantavenue/status/1089190017186951169?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1089190017186951169&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.pep.ph%2Flifestyle%2Flifestyle%2F38893%2Fdid-miss-thailand-try-to-do-her-slow-mo-turn-a-la-catriona-gray-at-miss-intercontinental-2018
Anda boleh lihat Miss Vietnam bukan sahaja meniru gaya jalan bahkan gaun serta rambut juga. Ini inspirasi, kebetulan atau sememangnya tiru?
https://twitter.com/iridescent_greg/status/1089472588743491584?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1089472588743491584&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.pep.ph%2Flifestyle%2Flifestyle%2F38893%2Fdid-miss-thailand-try-to-do-her-slow-mo-turn-a-la-catriona-gray-at-miss-intercontinental-2018
Miss Thailand, Ingchanok Prasart, pula melangkah dengan penuh bangga cuma gaya jalan dan lenggok juga ilham Catriona.
https://twitter.com/MissUni2018/status/1089365449114939392?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1089365449114939392&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.pep.ph%2Flifestyle%2Flifestyle%2F38893%2Fdid-miss-thailand-try-to-do-her-slow-mo-turn-a-la-catriona-gray-at-miss-intercontinental-2018
Tidak habis disitu, Facebook Miss Vietnam yang merupakan pemenang tempat kedua pula digeledah dan ramai terkejut melihat fesyen gadis muda ini seakan meniru ‘bulat-bulat’ Catriona. Aduhai….
Kalau semua benda mahu meniru, apa kelainan dan keunikan yang mahu ditonjolkan? Kesian…