Memang ada juga sayup-sayup dengar tentang destinasi yang bebas pakaian. Biasanya kawasan pantai menjadi tumpuan utama untuk para pelancong tidak memakai apa-apa pakaian. Budaya percutian ini semakin mendapat tempat di beberapa bahagian negara Eropah. Kini ia semakin meluas sehingga ke serata dunia dan muncul pelbagai ‘komuniti bogel’ kononnya ingin mengembalikan semangat natural.
Mari kita selidik beberapa pusat pelancongan pantai yang membenarkan pengunjung mereka untuk telanjang. Bukan apa, penulis tidak mahu anda yang datang terkejut dan pengsan. Aha!
#1 Cap-d’Agde, France
Pelancong boleh pergi ke kedai, restoran atau mandi-manda di pantai bebas tanpa pakaian! Namun setiap pengunjung harus melengkapkan borang khas dan hanya memberi masa berkunjung mengikut waktu tertentu. Selain itu, terdapat juga larangan untuk tidak berkongsi gambar atau video di laman sosial.
#2 Little Beach, Maui, Hawaii
Mereka yang benar-benar sukakan alam semulajadi tanpa gangguan pembangunan Little Beach adalah destinasi yang tepat. Disini terdapat komuniti bogel yang aktif dimana menyediakan pelbagai hiburan untuk keahlian mereka.
#3 Vera Playa, Spain
Pengunjung boleh menghabiskan masa di Vera Playa tanpa berpakaian dan tiada apa sekatan untuk berbuat begitu. Mereka yang bercuti di resort sekitar Vera Playa dianggap harus berbogel kerana mereka sangat mengangkat zon semulajadi.
#4 Florianopolis, Brazil
Dikatakan pantai rahsia dan belum diketahui ramai. Jadinya ramai yang mengambil peluang untuk menghabiskan masa untuk berbogel disana. Alahai…
#5 Byron Bay, Australia
Komuniti bogel di Australia memilih pantai Byron Bay sebagai pusat mereka. Jangan terkejut mereka main bola tampar pun dalam keadaan bogel. Ish!
#6 Vernazza, Itali
Di Vernazza, Itali terdapat suatu lokasi pantai Spiaggia di Guvano dimana pengunjung boleh bebas tidak berpakaian.
Hukum orang Islam ke tempat sebegini adalah haram kerana ia memperlihatkan aurat, dekat dengan maksiat dan zina.
Teringat pula penulis pada kisah sejarah dahulu, dimana penjajah mengatakan penduduk tempatan (sebelum kemasukan Islam) tidak bertamadun kerana tidak memakai pakaian lengkap. Sekarang apa sudah jadi? Mereka pula sibuk nak bertelanjang. Hmmm…