Tanpa sedar si puteri cilik ini membawa ekonomi negaranya ke arah yang positif.
Umum yang kita tahu pewaris takhta lelaki lebih berharga dan harus dijaga dengan baik untuk menjamin teras kepimpinan yang baik. Begitulah dunia lihat pada Putera George sebagai pemerintah England akan datang.
Kita lupa tentang adinda manisnya, Puteri Charlotte yang rupanya lebih tinggi ‘nilai’ pada ekonomi negara. Eh, kenapa pula?
Trend pakaian dan fesyen yang diperagakan oleh si puteri telah menjadi satu perkembangan transaksi ekonomi yang sangat baik.
Menurut hasil kajian sebuah firma kewangan Puteri Charlotte bernilai $4.3 bilion berbanding Putera George hanya $3.2 bilion pada ekonomi British. Anak-anak kerabat diraja memberi pengaruh besar pada pakaian yang dipakai dan permainan yang mereka main.
Menariknya, beliau tidak memakai pakaian yang berjenama mewah. Sebagai contoh, Kate Middleton pernah menyarung Puteri Charlotte dengan gaun dari jenama Sepanyol M&H berharga lebih kurang RM130. Hasilnya ia beri impak besar pada jualan jenama tersebut.
BACA: Kenapa Princess Charlotte Suka Pakai Gaun Berbanding Baju Lain?
Bukan itu sahaja, keluarga kerabat diraja juga telah menjadi salah satu tarikan pelancongan. Bayangkan ada yang semata-mata ke London untuk melihat kelibat keluarga paling terkenal di dunia ini. Istana Buckingham sahaja sering dipenuhi para pelancong, malah Duchess of Sussex, Meghan Markle juga pernah kesana sewaktu zaman remajanya!
Pengaruh fesyen yang dibawa oleh Puteri Charlotte boleh penulis katakan sangat ‘gila’. Hanya pada satu figura comel ini ia boleh membantu menaikkan ekonomi negara. Siapa kata fesyen ini perkara lekeh…kau lihat sekarang!