Setiap tahun kalendar yang diterbitkan oleh para ahli bomba memang mendapat sambutan dan hangat diperkatakan.
Seperti yang yang dilakukan oleh ahli bomba Australia. Kita sedia maklum, profession seorang ahli bomba sudah bersifat kebajikan, tetapi Australian Firefighters Calendar nekad melakukan ‘sesuatu’ yang ekstra untuk tujuan kebaikan. Sejak 1993, mereka telah menganjurkan projek kalendar penjanaan dana mereka untuk badan amal seperti Yayasan Hospital Kanak-Kanak.
Selepas berkampung 17 hari sesi fotografi, akhirnya kalendar penuh dikeluarkan lantas memberi impak kepada netizen di seluruh dunia. Tidak berseorangan, setiap ahli bomba bergambar dengan prop tambahan iaitu haiwan peliharaan.
Berbadan sado topless sambil bermesra dengan kucing dengan rupa paras yang sedap mata memang, tak ke cair melihatnya. Memang mengundangkan…
Dana untuk setiap jualan Australian Firefighters Calendar tahun ini akan disalurkan kepada Australia Zoo Wildlife Hospital.