Kain Kaffiyeah atau Ghutrah yang lazimnya berwarna putih dan merah itu adalah ibarat mahkota laki-laki Timur Tengah.
Secara terperinci, ia merupakan sehelai kain berbentuk segi empat yang digunakan sebagai penutup kepala kebanyakan lelaki di wilayah Islam dan amat sinonim dengan perkataan Islam dan Arab. Ghutrah juga dikenali sebagai kain serban di Malaysia. Kain berbentuk segi empat ini sering didapati dalam tiga warna dan corak berbeza seperti putih, corak berpetak merah atau hitam.
Kain penutup kepala ini selalunya diperbuat daripada tenunan kapas yang lembut dan tidak tebal. Sifat fizikal benang kapas yang digunakan menjadikan kain tersebut sesuai untuk cuaca panas di wilayah berkenaan.
Dalam masa yang sama, kita boleh lihat mereka kemudian menyarungkan pula paip hitam pada bahagian atas kain yang sudah dihampar di atas kepala tadi supaya dapat mengekalkan posisi kedudukan kain tersebut. Jadi, tahukah kamu fungsi sebenar kain Ghutrah?
Aksesori Lelaki Tanah Arab
Sebenarnya, terdapat pelbagai cara lain untuk memakai kain Ghutrah, termasuklah melilitnya seperti serban, turban lelaki, mengalungkannya pada leher dan lain-lain. Lain daerah, lain cara pemakaian yang akan dikenakan.
Seperti di Iraq, Qatar, Kuwait, Arab Saudi dan Bahrin, kain Ghutrahnya berwarna putih polos dan mudah dibeli di mana-mana. Sdangkan di Jordan, mereka lebih gemarkan kain Ghutrah yang berwarna putih dan dihiasi corak merah serba [erincian rumbai disetiap penjuru kain seperti mana yang kita banyak lihat lelaki di Malaysia pakai.
Bagi lelaki Jordan, semakin besar perincian rumbaian pada kain, semakin tinggi status sosial pemakaiannya.
Simbol Nasionalisme
Sekitar 30-an, kain Ghutrah dianggap sebagai simbol nasionalisme dan solidariti terhadap Palestin. Yasser Arafat dengan kain Ghutrah rona hitam putihnya merupakan antara ikon terawal yang mempopularkan pemakaian aksesori kepala tersebut.
Diangkat Jenama Fesyen Ternama
Corak unik pada kain Ghutrah pernah diangkat menjadi inspirasi beberapa jenama fesyen gah seperti Balenciaga dan Givenchy untuk menzahirkan koleksi yang eksentrik.
Hebat rupanya aksesori kepala Ghutrah ni kan? Sebagai helaian fesyen yang bukan calang-calang serta simbol status lelaki Arab, mungkin lepas ni korang bolehlah beli kain Ghutrah ni banyak-banyak dan jahitkannya sebagai baju kurung atau baju kebaya untuk dipakai raya tahun depan. Siapa tahu korang jadi trendsetter nanti… ❤