Sebelum ini Wanista pernah mengeluarkan artikel mengenai pembabitan filem Mulan yang bakal dikeluarkan dalam versi realiti. Filem Mulan yang akan ditayangkan tahun 2020 ini menyaksikan pertukaran hero Li Shang kepada Chen Honghui. Baca: Filem Disney Mulan Tiada Muzikal Dan Hero ‘Li Shang’?
Setelah hampir setahun pencarian Chen Honghui yang turut mendampingi Liu Yifie, akhirnya aktor kelahiran New Zealand Yoson An akan memegang watak hero tersebut.
Watak Chen Honghui ternyata berbeza dengan Li Shang kerana dia turut menyertai rekrut ketenteraan yang sebaliknya Li Shang mengetuai rekrut tersebut jika dari jalan tentera versi animasi tahun 1998.
Bukan itu sahaja, watak jahat ditugaskan kepada aktress Gong Li dimana beliau akan ditukarkan kepada ahli sihir wanita yang menyebabkan huru-hara China. Penampilan aktor tersohor Jet Li turut diperkemaskan sebagai Maharaja dan Donnie Yen sebagai mentor Mulan.
Jika diikutkan Disney hampir merombak separuh versi animasi Mulan kepada lakonan sebenar dan memperkenalkan watak-watak baru termasuklah kakak Mulan!
Isu tiada nyanyian muzikal dalam filem ini juga telah dijelaskan oleh pihak Disney dimana mereka akan tetap melakukan muzik dan lagu kerana ia sesuatu yang menghidupan kisah Mulan.
Pengambaran filem yang diarahkan oleh Niki Caro mengambil beberapa tempat di China dan New Zealand bakal ditayangkan pada 27 Mac 2020.
Tak sabar Wanista nak tonton!