Majlis perkahwinan yang sempurna sudah tentu menjadi idaman semua pasangan mempelai. Kala inovasi teknologi semakin berkembang, ramai yang seronok untuk berkongsi momen indah dengan rakan taulan serta orang asing yang ingin tumpang gembira menerusi paltform media sosial… Lagi ‘cantik’, kalau ia disebarkan dan menjadi tular di serata dunia.
Hakikatnya ramai yang gemarkan perhatian dan salah satu cara mudah untuk mendapat perhatian adalah dengan melangsungkan majlis perkahwinan yang gah dan unik untuk tatapan semua. Ini lapan majlis perkahwinan unik sepanjang zaman yang meninggalkan kesan epik.
#1 Pengantin Perempuan Diterbangkan Belon
Pengantin wanita ini diterbangkan belon sebelum memulakan acara perkahwinannya. Unik sangat sampai orang yang tengok pun naik gayat!
#2 Pasangan Jepun Dikahwinkan Paderi Robot
Jepun memang terkenal sebagai negara yang maju dengan teknologi moden. Tengoklah, sampai upacara perkahwinan pun dilakukan oleh paderi robot.
#3 Layah Terbang Jadi Sensasi Internet
Nampaknya ramai pengantin di China telah memilih layah terbang sebagai satu tarikan di majlis perkahwinan mereka!
https://www.youtube.com/watch?v=3NHr8o7Ubeg
#4 Gaun Pengantin Sepanjang 600 Kaki
Seorang wanita di Guangzhou China pernah mencatat rekod apabila lebihan kain gaun pengantinnya adalah sepanjang 600 kaki seberat 100kg!
#5 Rekod Dunia Dengan Pengiring Pengantin Seramai 110 Orang
Pasangan ni pegang rekod dunia Guinnes World Records apabila disertai 110 orang pengiring. Menurut pengantin perempuan bernama Jill Staplon, kesemua pengiring itu adalah rakan zaman sekolahnya.
#6 Dewan Dihiasi Ribuan Lilin
Nasib baik tak terbakar! Keliling dewan perkahwinan pasangan ini dihiasi lilin sebagai tarikan yang lain daripada lain buat para tetamu.
#7 Kereta Rombongan Pengantin Dihiasi 99,999 Kuntum Ros
Menurut pasangan mempelai dari China ini, nombor 999 dianggap bertuah justeru, 99,999 bunga ros telah dibeli semata-mata untuk menghias 30 buah kereta rombongan pengantin lelaki dan ia dibeli menggunakan simpanan gaji selama setahun!
#8 Video Muzik Perkahwinan Paling Havoc
Semuanya dirakam dalam bentuk video muzik untuk kenangan…. Uniknya apabila pasangan ini memilih untuk turut serta memeriahkan suasana dengan lagu-lagu hit sambil 250 tetamu yang lain menari sakan tanpa henti selama hampir 8 minit.
Masa korang kahwin nanti, tarikan unik apa pula yang hendak cuba diketengahkan?