Tahukah anda tanaman hidup juga bisa meneutralkan aura dalam rumah?
Selain mencantikkan rumah, tanaman hidup boleh memberi sumber oksigen yang lebih segar buat seisi penghuni bahkan mampu menyalurkan sensasi aura positif sekitar ruangan dalaman rumah.
Khas buat semua, Wanista kongsikan bersama lapan jenis tumbuhan hidup yang sesuai untuk dibela dan tidak memerlukan perhatian yang banyak kerana semua pepohon ini boleh hidup lama/sukar mati.
#1 Golden Pothos
Bisa membersihkan udara dalam rumah, pohon yang memiliki spesis daun seperti keladi ini mudah dijaga dan tak perlukan cahaya matahari yang banyak.
Oleh itu mudah untuk menjaganya asalkan disiram sehari-hari dan diletakkan pada suhu bilik. Apabila ia semakin membesar, ranting pohonnya akan menjalar dan bisa digantung untuk cetuskan keunikan pada ruangan dalam rumah.
#2 Spider Plant
Sejenis tumbuhan rumpur, kombinasi warna daunnya membuatkan tumbuahn ini kelihatan gah.
Cantik untuk ditanam dalam pasu baik untuk digantung. Sangat mudah dijaga kerana ia tidak berbunga dan tak perlu penjagaan rapi.
#3 Aloe Vera
Selain bermanfaat untuk rumah, tumbuhan ini bnayak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan manusia. Bila hendak guna, petik sahaja. Aloe Vera juga mudah dijaga dan tak perlukan banyak perhatian. Ia bisa membesra dengan sendirinya.
#4 Philodendron
Pohon menjalar yang memiliki daun bentuk hati ini sangat popular dalam kalangan individu yang gemar membela tumbuhan dalam rumah. Mudah dijaga malah ia dapat menyedut segala kotoran dari udara.
Menurut sumber, pohon ini bisa bertahan selama bertahun-tahun jika dijaga dengan rapi. Hanya perlu siram secara berkala serta dapat cahaya matahari yang mencukupi.
#5 Bamboo Palm
Biasa kita lihat dirumah-rumah agam. Tumbuhan yang lebat berdaun ini bisa membesar dan meninggi jika dijaga sihat.
Ia bisa buat kelihatan rumah yang biasa-biasa menjadi luar biasa bahkan sangat sesuai diletakkan berhampiran pintu masuk atau di sudut ruang tamu sebagai penyeri. Namun harus diingatkan, pohon ini mudah dijangkiti kulat dan harus disetebas sekali sebulan untuk mengelakkannya menjadi terlalu rimbun lalu mengundang hidupan serangga untuk hidup dicelah-celahnya.
#6 Snake Plant
Sesuai dijadikan perhiasan utama, pohon ini mempunyai tekstur daun yang keras dan bisa meninggi cantik. Mudah dijaga kerana tak perlukan baja, cuma perlu air dan cahaya matahari untuk hidup merimbun.
Untuk pengetahuan semua, pohon Snake Plant ini mampu menyerap karbon dioksida dan melepaskan oksigen terbaik lebih-lebih lagi pada waktu malam. Sangat sesuai diletakkan dalam bilik tidur.
#7 Rubber Tree
Tekstur daunnya tebal dan berkilat, pohon hijau ini turut digelar pokok duit-duit.
Kaedah penjagaannya mudah dan cuma perlu bersihkan habuk yang melekat pada daun-daunnya secara berkala. Yang penting, ia mampu membersihkan udara dan buat keadaan rumah cantik dalam masa yang sama!
#8 Peace Lily
Jika anda mahu lari sikit daripada tumbuhan berdaun, boleh cuba bela pohon Peace Lily ini. Apa yang penting, anda letakkannya di kawasan yang sejuk dan ia bisa mengurangkan kandungan toksin dalam udara.
Selamat beramal! ❤